Bagi mereka yang ingin memiliki sebuah rumah, tengok la dulu harga rumah..biar sepadan dengan gaji sendiri. Selain daripada gaji masuk setiap bulan, kena alert juga dengan komitmen seperti Hire Purchase, Personal Loan dan loan-loan lain yang ada dalam record Bank Negara.
Dari pengalaman saya sendiri, ramai yang apply housing loan tapi tak dapat lepas 90%. Sebabnya komitmen yang tersangat la banyak. Ok, aku nak share ilmu aku sikit macam mana nak kira komitmen korang atau repayment ability untuk membayar bakal rumah yang akan anda beli.
Contoh 1:
Anda ingin membeli rumah dgn harga RM250k.
Gaji bulanan : RM5080.00
Komitmen dlm CCRIS report : RM2500.00
Komitmen untuk rumah baru : RM1088.00
Jumlah komitmen : RM3588.00
% komitmen: 70.63% <=== (Jumlah komitmen/Gaji bulanan)
-Percentage komitmen tidak melebihi 85%** oleh itu anda berkemampuan untuk membeli rumah idaman anda itu.
**Guideline percentage ini bergantung kepada gaji anda.
Contoh 2:
Anda ingin membeli rumah dgn harga RM680k.
Gaji bulanan : RM3500.00
Komitmen dlm CCRIS report : RM2200.00
Komitmen utk rumah baru : RM3200.00
Jumlah komitmen : RM5400.00
% komitmen : 154.29% <== telah melebihi had kemampuan anda, oleh itu anda tidak layak membeli rumah dgn harga sebegitu.
Oleh itu, adalah penting untuk anda mengukur baju dibadan sendiri sebelum membeli rumah idaman.
Kalau korang nak beli rumah dan buat loan, boleh la call aku eh. :)
Info Pinjaman Perumahan
Hari Raya lagi.
Hari hari hari raya. Semalam pergi beraya dengan kengkawan ijam. Hidup aku semalam dilimpahi dengan makanan terutamanya satay! Hidup satay yeay! haha. First spot kami semalam dekat rumah fadil dan becoming wife, Kajang. Lepas tu berarak beramai-ramai beraya kat rumah amir kat kampung baru then muna kat wangsa melawati, aina kat gombak, anne kat sungai buloh dan lasssst skali kat rumah su kat sg. buloh jugak. Ade la dalam 6 rumah jugak aku melawat semalam.
Thanks to u ols [walaupun aku tau dorang tak baca blog aku ni] sebab bagi aku makan dengan makanan yang enak-enak.. yummy! Minggu ni memang minggu makan ok. Ramai yang buat open house sampai kan jalan dekat kL dan selangor jems giler tak ingat punye la. Aku sampai tertido2 mase on the way pegi sg. buloh tu. Punye lah penat, penat makan la sebenanye. Pheww~
Thanks jugak dengan Mr.Right ku yang dah nak patah kaki bawak kereta manual dari pagi hingga lah ke malam. Bukan aku tak nak bawak tapi die yang tak bagi. Baik kan kan. hehe.
Gambar? Tak dapat nak upload sebab aku tak bawak camera dan ni bukan event aku. I am just a follower and eater. Photograher nye adalah kawan-kawan ijam :)
Sekian Terima Kasih.
Labels: Raya
Salam Aidilfitri
Ok aku tau dah terlambat sket untuk wish Selamat Hari Raya kan. Tapi raya sebulan, ape ade hal pun nak wish bile-bile. Raya tahun ni aku balik kampung as usual, pagi raya balik Sg Buloh then petang tu gerak balik Johor pulak. Raya kat Johor sekejap jer sebab aku cuti ari isnin jer, so kena la balik kl awal ari ahad. Ape yang best raya tahun ni eh? Macam same jer macam tahun-tahun lepas. Cume bezenye, aku up kan sket duwit raye. Aku up kan bukan sebab dah kaya, tapi sebab fikir nak bersedekah kan. So layan kan aje. huuuuu~
Aku buat kuih raya taw tahun ni.. Tapi dua jenis je la.. cornflakes & chocolate chips. Cornflakes aku seperti tahun dahulu kala memang jadi la kan. Lagi pun senang jer. Yang chocolate chips tu, memang la tak jadik kan. Konon-konon nak buat ala2 famos amos, tapi jadik cm hangus chips. haha. Rase sedap ok [haha naik bakul angkat sendiri]. Kalau tak takkan sebelum raya dari satu balang penuh tinggal half jer. Haa.. :) Ape-ape pun, walaupun hangus tetap mendapat sambutan. haha.
Theme baju raya: PURPLE!! Oleh sebab aku rase aku banyaaaaaak sangat baju kaler purple, so aku mls la nak beli baru..sambar aje baju yang ijam bagi tahun lepas. ahaks. Ala takde hal la.. Selain baju purple tu, aku ade 3 lagi baju raya yang aku tempah n siap sebelum raya aritu. Sepasang baju lagi belum pakai lagi sampai sekarang.. haha punye la dah takde mase nak pegi beraye. Ok takpe takpe, raya sebulan maa... ;)
Emm..weekend ni ade agenda dengan ijam's colonies. Jalan-jalan terjah beraya! huhu mari kite raye...lalalala :)