Destinasi aku hari ini adalah Kajang. Kenapa Kajang? Sebab aku attend wedding kawan aku , Auji. Plan dengan Ayesha & Shamim lepas wedding teman aku pergi kedai emas untuk tengok-tengok jer. Lagi pun Ayesha ada pengalaman berkenaan dengan emas berbanding aku ni yang tau "Emas" jer tanpa tahu langsung pasal harga sekilo ker , segram ker , berapa kati ker. I don't know. Yang aku tau cantik dan worth to buy. Sepanjang penelitian aku la kan , harga lebih kurang sama jer . Bak kata Ayesha , Pandai bargain..memang berbaloi la.
So, tempat yang dituju ialah Hafiz Jewel dekat Sg. Reko. Ni kedai emas customer aku dulu so saje je la datang menengok-nengok mana tahu ada yang berkenan. Tapi malangnya , kedai dia tutup pulak . Maka hampa la aku setelah 2 minggu berturut-turut datang tapi tutup. Untuk menghilangkan kehampaan , aku ajak dorg pergi Metro Kajang , usha-usha kedai emas dalam tu. Ada la tiga kedai antaranya Hanif Jewel , Poh Kong & Kedai Emas cine punye (i can't remember the name..solly ahh). But the shops located in the same floor. First pergi la kedai Hanif Jewel , ada satu yang aku rasa memang cantik. Suke sangat la. Harga dalam 500+. Tapi dorg nasihat ambil jer yang ada batu sebab mengikut adat , orang-orang tua prefer yang ada batu..cewah , nak kahwin la ikut adat kan. hehe. Then aku pun beralih arah la ke batu-batuan. Aku suka yang simple dan tan nak batu yang menonjol sebab aku tak yakin aku boleh jaga dengan baik kalau pakai batu menonjol. Design batu ada satu yang awesome :) price rm499. Boleh kot dapat diskaun tapi aku tak nak la tanya time tu sebab dalam poket bukan cukup 499 pun ok. Ok check! Dah ada satu yang ok.
Untuk memuaskan hati lagi, aku jalan pulak dekat Poh Kong. Cincin emas dekat poh kong ni memang la tak dinafikan cantik. Aku memang tak ada masalah dengan cincin batu ke cincin emas ke cincin belah rotan Poh Kong ni. Yang aku tak puas hati , services yang diorang bagi. Ada la nyonya sorang ni , kalau tak silap aku nama dia start dari huruf C. Masa awal tu , kita tanya cincin layan bagai puteri dari kayangan. Lepas tu aku tengok-tengok la lagi yang lain . Dia tanya "Jadi ambil ka?" sambil terus keluarkan calculator. Aku kata la , tengok dulu tapi nak bawa orang lain untuk tengok dan bayar. Dia terus macam tak nak layan aku eh. Pastu hempas-hempas calculator dia. Hamboi-hamboi nyonya ni , ko ingat aku tak mampu ke nak beli? Punya la engkau berlagak macam kedai tu kau yang punya. Dah la tua, kurang ajar pulak tu. Haih terus kitorang pun bla la. Ikutkan hati nak jer sound nyonya tua tu. Korang-korang yang berdepan dengan keadaan begini dimana, dia kurang ajar macam kita tak mampu beli , aku nasihatkan korang ludah jer kat muka dia. Dan kepada yang nak beli cincin atau barang kemas dekat POH KONG Metro Kajang, sila lah ke POH KONG lain sebab aku rasa service dorang sangat teruk. Kalau masuk rating , aku rasa dah terkeluar senarai pun. F for FAIL ok.
Kedai ketiga, kedai chinese jugak. Lelaki yang attend ktorg adalah macam samseng sikit tapi tak kesah la kan, still nice . Tak macam poh kong, pakai smart la konon tapi perangai tak macam stail yang ditunjuk. Dekat kedai chinese tu ada la jugak design yang ala-ala sama dengan Poh kong tu dan harga jauh lebih rendah.
Kesimpulannya di sini , aku nasihat kan jangan la pergi kedai emas poh kong dekat metro kajang sebab sales staff dia sangat tidak respect customer. Walaupun aku tak tahu perangai yang lain , aku peduli apa kan. Bak pepatah berbahasa , Nila setitik rosak susu sebelanga. Thats it!
p/s: purpose cari cincin adalah untuk majlis pertunangan aku yang tak kunjung tiba.hehe. Belum confirm tapi saje mengada nak usha-usha.
Sekian Terima Kasih . ngeeeeeee
(Review) De Cyber Hotel
4 years ago
0 comments:
Post a Comment