She's All That

..coz she thinks everything is belong to her

Lacte Duet Breastpump

Setiap ibu yang menyusukan anak pasti memerlukan breast pump untuk kemudahan mereka. Alhamdulillah aku pun begitu. Masih lagi df Hani Nurkhayla yang dah nak masuk 3 bulan. Untuk kemudahan diri sendiri dan kebaikan pada Khayla, aku pun beli Lacte Duet Breastpump ni. Pengalaman pakai Lacte Duet ni, sangat bagus. Yang terpaling sukanya sebab dual pump. So jimat masa dan juga jimat susu ๐Ÿ˜‰

Dulu aku pakai Medela Swing. Single pump je. Tak berapa nak best sebab masa mengepam  ambil masa dekat sejam. Sebabnya kena pump satu satu. Dah membazir masa kat situ. Nak beli Freestyle tak berapa nak mampu time tu.

Oh ya, harga Lacte Duet ni aku beli RM400 sahaja without any free gift sebab rasanya barang-barang masa Nabila dulu boleh pakai. Tapi aku silap, better beli set walaupun RM450, agak berbaloi. Sebab aku beli Autumnz Posh Bag, 4 Autumnz Storage Bottle & 3 Autumnz ice pack dah dekat rm65. Tapi kalau ikutkan itu memang harga yang murah dah kalau beli loose. Haritu beli dekat ig @barangan_ibu_anak. Ada tambahan barang lain sebab rasanya memang agak murah dia jual. 

Semoga perjalanan penyusuan susu ibu kepada khayla akan berterusan sehingga berumur 2 tahun. InsyaAllah. Harap ada rezeki. 

๐Ÿ’œ๐Ÿ’›๐Ÿ’š๐Ÿ’™


Review Tesco E-shop

Dah selamat sampai barang - barang dapur yang aku beli kelmarin dekat tesco online. Ini adalah percubaan yang pertama. Risau juga kalau-kalau dapat barang yang tak elok atau dah expired. Tapi, semuanya diterima dalam keadaan baik. Cuma ada barang yang tak ada akan ditolak siap-siap dalam bill.

Eh yang bagusnya, tak payah bayar terus masa checkout pun takpe. Bayar masa barang deliver pakai debit card atau credit card. So senang la ibu-ibu yang jenuh nak jalan supermarket bawak anak-anak kan. Shopping dihujung jari je. Suke!

Berpantang Hari Ke 19

Harini masuk hari ke 19 aku berpantang. Oh ya, aku telah selamat melahirkan puteri kedua diberi nama Hani Nurkhayla binti Firhanizam. Lahir berberatkan 3.15kg, kurang 0.03kg dari kakaknya, Hani Nabila. Alhamdulillah kali ni bersalin dengan mudah atas pertolonganNya. Tiada induce, tiada epidural, tiada forsep. Natural birth. Tengok bill pun tak de la menyakitkan hati sangat.

Ok kisah berpantang ke 19, sangat tidak memuaskan hati. Almaklum berpantang sendiri. Makan memang mama yang kadang akan masakkan. Tapi masa makan, mandi herba, bertungku, berbekung semua banyak yang skip. Tak dan nak buat semua. Duduk rumah kena kemas sendiri, basuh baju sendiri, sidai baju sendiri. Aduhai la penat belaka. Terasa menyesal tak ambil tukang urut pakej untuk sebulan. So, aku dah plan untuk kelahiran seterusnya (jika diizin-Nya) aku nak ambil tukang urut sebulan. Kalau duk google tu memang mahal belaka, tapi at least membantu aku untuk tempoh berpantang. Idok la meroyan gamaknya.

Urut dah sudah hari ketiga berpantang, selama 3 hari. Aku upah tukang urut dekat sini je, tapi agak kehampaan di situ. Harga tidak lah semurah mana, rm70 sehari, dan aku rasa tiada rasa kepuasan di hari akhir berurut. So semalam aku google mana-mana tukang urut yang boleh urut untuk hari terakhir pantang nanti. Ada sesiapa boleh suggest tukang urut yang berbaloi?
(*_*)

Sekian lama tak mengupdate belog, kini aku rasa nak up to date balik sebab banyak kisah-kisah happy gumbira sedih dan duka yang perlu aku semadikan di sini.

Oh ya, semalam aku ada bershopping di Tesco Online! Nantikan update esok. Tengah tunggu lori Tesco datang hantar barang ni. Mane lah. Sesat ker?

💋
Myra

3rd Wedding Anniversary

Happy Anniversary to my dear love and very best friend.

Hope that your strong, sweet & soothing bond of togetherness & its freshness & fragrance continue till eternity.

Happy Marriage Anniversary!

Date | 4th January 2015
Venue | Bora Ombak, Ampang

Pencuci & pewangi baju

Sekarang ni musim panas, so aku tetibe jadi rajin nak cuci baju letak pewangi. Kat rumah ada softlan..tapi rasa cam tak berapa menarik la softlan tu, jadinya aku singgah 99speedmart beli downy biru-pink dgn harga rm3.99 shj. Beli pack kecik je ye sebab ni first attempt. Kikikiki. Dah anak sorg baru terhegeh-hegeh basuh baju letak pewangi kan. Ish3.

Peringatan!
Jgn basuh baju baby pakai softener ye. Softlan ke, downy ke, comfort ke..sebab tak sesuai untuk kulit bayi katenye. Tu yang aku terbaca dkt tenet la kan. Aku pun basuh baju nabila pakai sabun baby jer & seperate dengan baju kitorg. Almaklum la baju baby kan comel & gebu..kalau campur basuh dgn baju mummy & daddy jadik kasar & tak comey la.. huhu.

Ok jom belajar basuh baju & letak softener!

#1 Basuh baju (pakai mesin basuh aje..) mesin basuh memang alatan terpenting dlm rumah tangga ye..weee.
#2 Letak sabun basuh. Aku pakai Top color biru. Wangi wokeh. I loike.. aku sanggup beli refill setiap 2 minggu sekali.
#3 Lepas baju dah habis basuh, letak softener (kali ni kita try downy ye puan2 sebab saya baru cuba basuh baju pakai softener). Lepas 5 minit rendam, spin kasi kering dan sidai!

Siap!

Skrg jam menunjukkan pukul 12.38am dan aku baru lepas letak softener. Kita tunggu kan kesannya hari esok ke lusa. Am i satisfied or nay?

Jom tidur. Nunait :)

Pagi Subuh

Kenangan di pagi subuh, sewaktu azan subuh mula berkumandang tat kala org bermimpi indah, aku dikejutkan oleh "gedebuk" bunyinye! Ya Allah! Anak aku terjatuh katil!!! Perkara yg tak nak lgsg terjadi pada hani nabila... :'(
Aku plak blh terlupa nak hadang dgn bantal sbb aku baring bawah kejap kepanasan..tak sangka plakkkkk...skrg ni aku bru lps susu n tidurkan baby girl yg disayangi. Aku plak yg tak blh nk tidur memikirkan perkara malang td. Ape nak buat, dah jadi pun. Hopefully everything just fine. Amin...

Notes:
- Jgn tggl kan hani nabila sorg2 atas katil lagi!!
- Hani Nabila nak kejut mommy n daddy solat subuh yer.. thank you baby girl ^^,

7 months young :)

My daughter is now 7 months! Dah pandai buat mcm2 keletah (betul x ayat ni?). Boleh guling2, main ipad, berborak (walaupun xpaham) n mcm2 lah. N yg plg penting dah pandai nangis nk ikut mommy gi keje. Pantang tgk pakai tudung, merengek2 suh dukung. Clever girl n im blessed! ^^,

Daddy pun dah belikan walker..walaupun plan not to used it, tp sbb kesian nabila asik baring n guling & tak terlarat nak dukung, so beli la satu. Belajar dgn walker tu ye. U go girl!

Tak sbr nak tggu nabila besar tp at the same time rindu sgt moment dgn nabila time 1-6 months. ^^")

Ni adalah Hani Nabila ;-

Hani Nabila turns 6 months.

Happy birthday hani nabila yang ke 6 bulan. Skg dah blh start mkn..yehaa..tapi mcm dah kena minum fm sbb susu mommy dah merundum. Stock pn dah habis. Mungkin sbb strees keje. Nmpknye tak berjaya la nk fully bf smpai 2 years. Ape kan daya.

Mommy doakan hani nabila sihat waaalafiat..menjadi anak yg solehah..dan dihindari oleh perkara yg buruk. Aminn.

Babysitter

Ada korg tgk tv3 smlm pasal babysitter indonesia kena tangkap sbb dilambung2 n campak2 baby umur 4bulan? Ya Allah..sedih & terkejut aku tgk gaya dia buat kt baby tu. Kenapa mesti ade manusia yang camtu ha? Tak kesian ke kat baby yang tak tau pape. Tula jadi penyebab ibu2 nk berhenti kerja sebab nak jaga anak sndri. Aku? Byk kali jugak terfikir cmtu..hmmm.. sape tak syg anak kn..aduhai.

Tp..

Alhamdulillah babysitter baby aku ok, inshaallah. Semoga dia menjaga hani nabila dgn kasih sayang..aminnn. So tak jadik la benti keje..hehe. Cuma every lunch time aku akan blk tgk baby..walaupun 15-20mins perjalanan..ku tempuh juga. *^▁^*

Lecturer UPM Bangi

Alkisah, aku ade sorg customer dr upm bangi. Buat loan rumah dgn aku. Nk kate besar loannye,idak la pulak. Tp ade la 3bijik umah in total 400k. Ok fine, ingat cimb sng ke nk approve kan org bli umah 3skali gus. For rental purpose plak tu. Aku dah tlg recommend mcm2 kot nk kasi loan die lps. Pastu gi sign letter of offer plak, siap suh aku antakan dkt honda service dkt kepong. Hellooo..ingt aku driver ke? Ok sbenanye aku xkan ungkit klau dia ckp elok2 la kan. Sbb recently he did text me regarding his loan yg tersangkut. Ok fine mmg la aku kena attend sbb customer aku tapi the way he approach sangat tidak sopan. Excuse me, aku deal dgn org bli rumah juta2 ade mslh pun tak de nk approach cmtu..they are too humble compared dgn you wahai lecturer! Emm dah la tu, text pun mase mlm n weekend, mane plak nak cek..ade plak aku system cimb kt umah. Ok kesengalan pada customer aku di situ.

Actually mmg aku ade buat mistake utk tiltle, tp aku dah settlekan kot. Aku dah pun cc kt sume org. And satu lagi yang aku x blh blah, die nak ugut kate adr higher position dkt hq yg nak ckp dgn boss aku pasal benda ni. Haih, berlagak sungguh. Same mcm kes hashim tu..yg konon2 kenal semua org bsr. Aku dah settle part aku la der, so skrg bukan la salah aku.

Kesimpulannye, be nice with people and they will be nice with u too. And before u want to point something to people, ask them the current situation first. Blaja tinggi2 sampai dah jd lecturer kot, xkn budi bahasa pun tak reti2. Aduhai la manusia.

#Ini adalah luahan dari hati yang sgt bengang dgn manusia yg konon2 bgs, but not that good actually!

Sekian  , wassalam.

Tommee tippee closer to nature complete set

Tommee tippee ku safely arrived from uk! Suka banget. Bukan xnak bf, of course la nak..ni utk standby jer. mane la tau kan..so kite cuma sediakan payung sebelum hujan.. *^▁^*

Brg2 baby almost complete..brg penting yg belum ade cume set tilam & bakul yang dijangka sampai dr kelantan hari rabu minggu depan. Hopefully sempat dpt before aku deliver. Hehe.

Skrg tinggal brg aku je yg belum packing. Tgh tunggu hubby bgn tidur ni nk packing same2. Almaklum la kn, ibu mengandung kan haruslah ada bantuan dr org terchenta.hehe.

Ok, sape nak bli tommee tippee ni? Leave ur comment yer.


Niece - Damia Qaisara

Meet my lovely niece, Damia Qaisara b Illyazar. Putih melepak ok mcm aunty dia.hehehe. Lahir 26 Sept 2012 bersamaan hari Rabu pukul 5.42pm dkt hospital selayang. Because she is our first baby in our family (first cucu ok, mine dah jadi 2nd) so berebut la semua nak pegang n cium.. suke giler bau baby.. tak sabar nak tggu my baby to deliver plak. Tapi tgk akak penat jugak nak menjaga..fuh! Nasib la ade ibu terchenta bagi bantuan.

This is my niece pic:-


Nasi Ayam Hainan Melawati

Lunch today, dekat nasi ayam hainan dkt food court melawati. Rating aku bagi 1star jer. Sebenarnye nak makan dkt nasi ayam yang corner dkt balai polis tu, tapi penuh giler. Ramai lagi yang dah smpai xdpt seat. So oleh sbb dah lapar ktorg try la mkn ns ayam dkt food court ni.

Nape aku bg 1 star? Sbb i dont loike. Aku mkn pn tak habis. Aku order air barli suam, dpt barli sejuk without ice..emm..pastu dlm air ade ulat sampah! Yucks! Geli siot! Sumpah aku takkan mkn kt ctu lagi. Kebersihan mmg out!
Harga plak cam tak berbaloi jer, satu ns ayam rm5.20. Hmmm.. Baik mkn ns ayam kt food court setiawangsa, lagi sedap.

HAPPY SUNDAY! ^_^¦¦¦

Trip to Langkawi

Last week, kami jalan-jalan (so call holiday) ke langkawi with ijam's family. Our trip from KL to kuala perlis takes about 6hours by bus. Naik Cosmic Bus, tambang rm45 sorg. Kami naik berdua je sebab yang lain was decided to drive je sbb ade budak kecik. We 're comfortable to take bus sbb tak nak letih drive. So sepenjang perjalanan mmg tdo je la smpai la ke kuala perlis baru sedar diri. Sampai around 5.45am.

Lps smpai tu terus la ke kaunter tiket utk beli tiket ferry. Masa smpai tu ramai jgk yg dah beratur. Nasib kami cpt, so dpt la naik ferry pukul 7am (ferry plg awal). Kalau nak tau, jeti ms tu mmg crowded. Time blk pun same, terrrrrsangatt lah crowded! So aku dah ckp kt hubby, next time klau nk gi langkawi we better take a flight. Tak pun dtg time bukan cuti pjg.

Ni adalah muke kepenatan tggu family yg tak smpai lg dr kuala kedah. Poor them, ferry pukul 10.30am. Punyelah ramai org nk dtg langkawi ni.. fuhhh~~


Baking Project for Raya - Dark Chocolate Cornflakes

Tadaaa!!

Mari menjamu mata dgn chocolate cornflakes by Ijam Besto. hehe. Sedap taw. Nak rase? Mari ler datang rumah hari raya nanti. Anyway, kepada yang buat tempahan tu, kami akan distribute next week before Tuesday. Lambat sket, al-maklum la masing-masing keje..so sempat buat pun time weekend jer. Nak buat plak kena ade si hubby sebab dia je yang pandai buat adunan chocolate jadik melting & berkilat. Aku dah try buat sendiri semlm, tapi chocolate dia keras plak.huhu.

For those yang nak buat tempahan untuk next year 2013 (amboi dah promote kan..huhu), boleh la calling2 yer :)

Selamat Berjuadah! :)

Myra Zailani

My photo
i hate to be hatters. i love to be a lover. i am insane. i love cupcakes.

Find me here:

      Popular Posts

      Followers

      Mari Mengira

      Freshment..

      E-Day Checklist



      1 . Engagement Date
      2 . Place
      3 . Catering + Menu
      4 . Canopi + kerusi + meja
      5 . Hantaran
      i . Chocolate
      ii . Pulut kuning
      iii . Puding
      iv . Sireh Junjung
      v . Fruits
      vi . Novelty Cake
      vii . Cookies [Famous Amos?]

      6 . Mini Pelamin
      7 . Make up
      8 . Ring
      9 . Photographer
      10 . Gifts
      11 . Dekorasi
      12 . Fresh Flower
      13 . Dulang hantaran
      14 . Bowl for chocolate
      15 . Baju Tunang

      Mortgage Calculator