She's All That

..coz she thinks everything is belong to her

Resepi Famous Amos

Setiap tahun aku memang suka buat Chocolate chips tapi ikut resepi buku jer. Tapi tahun ni aku rase macam nak buat yang ala-ala famous amos. So, aku pun search la dekat google resepi famous amos ni. Ade seorang hamba Allah ni dia post Resepi Famous Amos yang dia beli dengan harga RM250.00. Giler mahal resepi saje..Punya la dia bengang ingatkan waiter tu cakap RM25.00 (only two fifty) rupanya two hundred fifty. So dengan sengajanya dia berkongsi resepi tu dengan semua umat manusia. Mari la kita try..

Bahan-bahan:
2 cawan butter
4 cawan tepung
2 tsp soda bicarbonat
2 cawan gula halus
2 cawan gula perang
5 cawan oat yang diblend halus
24 oz. chocolate chips
1 tsp garam
18 oz. Cadbury bar (parut)
4 biji telur
2 tsp baking powder
3 cawan chopped nuts (boleh guna walnut, almond atau hazel)
2 tsp vanila

Cara:

  1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
  2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam baking powder dan soda bikarbonat.
  3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah diparut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
  4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dalam jarak 2 inch.
  5. Bakar dalam 15 minit pada suhu 170 degrees.

Jangan lupe share dengan kawan-kawan yer. Mane la tau satu hari nanti korang blh bukak kedai macam Famous Amos.. Leh bagi aku makan free hari-hari... wuhuhuuuu!

    Hiatus

    ...


    Blueberry Cheesecakes

    Aku baru lepas order blueberry cheesecake dekat MizaMizo.. Tgk gambar cheesecake yang dia post macam menarik, thats why aku sengaja nak try. Ala biasa la manusia ni kalau time-time tengah puasa ni, nafsu membuak2.. Semua nak try..semua nak makan. hahaha. Aku order 1 botol besar (84pcs RM50) n 1 botol kecik (42pcs RM26).. Aku minta delivery dekat LRT Setiawangsa, senang la aku nak pick up kan sebab dekat sangat dengan office. Anyway, biar aku rase dulu. Kalau sedap, aku war war kan kat semua.. =)

    Gambar BLUEBERRY CHEESECAKES

    Yummy :)


    Ok lah, selamat berbuka puasa semua!

    Naili's Sentul

    Majlis Berbuka Puasa Ke-2
    Venue : Naili's Sentul
    Buffet : RM 39.90 (adult) tapi ktorg dapat RM 35.00 setelah penat memujuk tokey kedai. hehe.
    Ala carte pun ade ok. So yang rasa makan 1 main course dah cukup, amik la ala carte :)

    Attendance :

    • Cik Siti Amirah Zailani
    • Cik Sheeda Amir Shah
    • Cik Khadijah Abu Kassim
    • Cik Siti Norlaila
    • En Al Muez
    • En Abdussalam
    • Cik Asiken Mohd Zain
    • Puan Norul Latifah A.Rahman
    • Cik Sally Alisza
    • En Ezwan Shah Ramli
    • En Fendy
    • En Faizal Syah

    Abg Salam jer yg takde sebab balik awal sket..
    In front of Naili's

    Booking untuk 20 orang actually tapi ni jer yang datang. But it was fun and happening even tak sampai 20 orang. Gelak sampai kenyang huhu.

    Thank you to every one kerana sangat sporting untuk join walaupun this is last minute plan. Really appreaciate it!

    Sangat Suka.

    Dia & Hari Lahir

    Today is 16 August 2010 and what does it mean? Yes, hari lahir FIRHANIZAM bin CHE LAH. A person that i care, love and respect. Mari saya bercerita tentang Mr.Right ku ini...

    Nama diberi Firhanizam bin Che Lah. Agak kompius namanya disini kerana jika baca sekali pandang mesti ingat perempuan tapi sebenarnya lelaki yang agak pemalu [dari luarannya. hehe]. En. Nizam telah dilahirkan disebuah kampung yang aman damai iaitu Muadzam Shah, Pahang pada tahun 1986. Kecik-kecik dulu seorang yang sangat nakal tapi berubah attitude setelah dewasa [dah insaf agaknye la tu]. Seorang yang sangat mengambil berat terutamanya tentang family dia sendiri dan of course tentang aku. Tidak suka cakap banyak tapi menjadi pendengar yang setia kepada cerita-cerita aku walaupun kadang-kadang cerita tu merepek jer. Bukan lah seorang yang romantik tetapi ade something yang nampak macam dia romantik. Aku pun tak sure ape benda sebenarnya tu :)

    Beliau juga tidak suka mintak-mintak barang ataupun present tapi aku memang suke bagi sebab aku suke tengok expression bile die received something. Muka macam cool tapi senang ati bila tengok die suke. Kadang-kadang macam nak lempang je bila tgk die happy.. hehehe. Sangat mudah tersenyum menunjukkan gigi dan kedut-kedut di sekitar mata. haha. Seorang yang agak sukar membuat keputusan terutamanya tempat nak lunch or dinner yang membuatkan aku rasa nak marah jer die ni..tapi tak boleh nak marah..sebab sayang kan.. :))


    Yang paling penting, dia tidak suka melenting dan maki-maki tak tentu pasal. Penyabar namanya. Harap-harap berkekalan sampai ke tua yer.. Banyak lagi kisah Mr. Right aku ni. Tapi tak boleh la nak cerita semua sebab nanti orang lain pulak terjatuh hati. haha.

    Yeaa dapat hadiah. Sesi bukak adiah :)
    Dapat Bluetooth headset..u need this right bb ;)
    Muka tak sabar nak makan..
    Reservation for two
    Dishes.. baru permulaan..lepas-lepas ni tak sempat nak amek gamba. heee
    Birthday Boy dah lapar!! Tak sabar nak makan..
    Yea yea dah nak azan buke.. Sebab tu muke berseri-seri sebab nak mula makan. hehe.
    I am happy today. Thank you for appreciate what i have done and Thank you for being a very supportive boyfriend aka bestfriend in whatever situations. Thank you thank you and thank you. Love all the way you are.

    HAPPY 24TH BIRTHDAY!!


    Shawl-maniac

    Salam Ramadhan semua.

    Sempena nak raya ni (cewah padahal lame lagi..) aku singgah la dekat blogshop2 untuk tengok-tengok shawl. Sekarang aku prefer to wear shawl kot instead of bawal. Sebabnye, tak payah gosok and lilit-lilit jer. Dulu aku banyak beli shawl, tapi sebab punya la pemalas nak lilit..aku jual semua shawl tu. Sekarang ni baru terhegeh-hegeh nak kumpul balik. Dan sepanjang pencarian aku kat blogshop-blogshop tu, sempat la jugak aku sambar 7 helai. haha. Aku sudah jadik SHAWL-maniac!! Antara blogshop yang aku singgah Fizza Closet, The Headscarft Controversy, Shawl Attic and many more. Cantik-cantik and affordable too. Ramai orang kata, lebih baik pergi Jalan Masjid India atau Jalan TAR untuk cari shawl lagi banyak design and boleh bargain selagi boleh. Tapi aku rase lebih baik la aku beli online jer sebab tak perlu berada dalam crowded yang boleh sebabkan aku rimas dan tak selesa. Nanti jadi pening kepala, last-last habuk pun tarak. Lagipun, duit minyak boleh save (kalau nak pergi jalan tar kena bergelut dalam traffic jam kan)..pastu tak payah susah-susah cari parking. kan senang :))

    Picture courtesy to FIZZA CLOSET


    Picture courtesy to THE HEADSCARF CONTROVERSY

    Picture courtesy to SHAWL ATTIC

    Shawl dah ada..baju raya pulak, weekend ni boleh ambil. Ape lagi eh yang belum siap...emm.. DUIT RAYA! Kena bagi duit raya seh. Jawabnya, gaji tahun ni kena spend untuk duit raya nak bagi kat cousin-cousin terdekat dan budak-budak yang datang rumah. Tu pun kalau aku rasa nak bagi la kan. Haa ada lagi, nak kena beli mercun and bunga api and pelita. Baru la meriah sikit raya kalau ade semua tu. Yer tak? hehe.

    Okay la blog-reader, jom kita puasa esok. Jangan la terlebih ponteng, nanti susah nak ganti ==> macam aku. huhu.

    Graceful and peaceful world!

    Salam Ramadhan

    Ramadhan datang lagi.. Semua orang dah pergi solat terawih. Tinggal aku sorang-sorang kat umah sebab ade masalah yang tak dapat dielakkan. Esok pose ok. Anyway, starting awal Ogos aku dah mula kerja kat tempat baru..Aku sekarang represent CIMB Bhd as my new workplace and tempat mencari sesuap nasi. hiks~
    Semoga aku kekal lama kat sana. Amin.

    :::Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan & Jangan Tak Pose, dose taw:::

    Working Hour

    Hari ni aku start keje kat tempat baru.. Cimb located at Setiawangsa. Berakhir jugak kesah aku kat MBSB. Ingatkan aku keje sane smpai tua. hehe. Anyway, my first day at cimb..as what sales person do..going out to meet developers and lawyer of course. Dari Gombak ke Shah Alam.. Masa sampai dekat Shah Alam tu, aku tgk la jam...tak caye aku mase tu dah pukul 4.00pm ok. Cepatnya masa berlalu. Betullah orang cakap, kalau kita buat kerja..mesti masa cepat je berlalu. Cuba kalau tak buat kerja..rasa macam lambattt sangat jarum jam tu nak cecah kat nombor 5..i mean 5pm. Sekarang baru aku merasa sebagai Mortgage Advisor yang mengejar figure every month. Dulu-dulu kerja, semua orang asyik tolak-tolak kes. Banyak sangat case masukkan la katakan. Sekarang ni, berebut2. Instead of figure, kena lah jaga sales utk side income kan. ie commisen & milage claim kn. hehehe :)

    Agak penat la hari ni. Kena tdo awal. So long.

    Toodles!

    Myra Zailani

    My photo
    i hate to be hatters. i love to be a lover. i am insane. i love cupcakes.

    Find me here:

        Popular Posts

        Followers

        Mari Mengira

        Freshment..

        E-Day Checklist



        1 . Engagement Date
        2 . Place
        3 . Catering + Menu
        4 . Canopi + kerusi + meja
        5 . Hantaran
        i . Chocolate
        ii . Pulut kuning
        iii . Puding
        iv . Sireh Junjung
        v . Fruits
        vi . Novelty Cake
        vii . Cookies [Famous Amos?]

        6 . Mini Pelamin
        7 . Make up
        8 . Ring
        9 . Photographer
        10 . Gifts
        11 . Dekorasi
        12 . Fresh Flower
        13 . Dulang hantaran
        14 . Bowl for chocolate
        15 . Baju Tunang

        Mortgage Calculator