Setiap ibu yang menyusukan anak pasti memerlukan breast pump untuk kemudahan mereka. Alhamdulillah aku pun begitu. Masih lagi df Hani Nurkhayla yang dah nak masuk 3 bulan. Untuk kemudahan diri sendiri dan kebaikan pada Khayla, aku pun beli Lacte Duet Breastpump ni. Pengalaman pakai Lacte Duet ni, sangat bagus. Yang terpaling sukanya sebab dual pump. So jimat masa dan juga jimat susu ๐
Dulu aku pakai Medela Swing. Single pump je. Tak berapa nak best sebab masa mengepam ambil masa dekat sejam. Sebabnya kena pump satu satu. Dah membazir masa kat situ. Nak beli Freestyle tak berapa nak mampu time tu.
Oh ya, harga Lacte Duet ni aku beli RM400 sahaja without any free gift sebab rasanya barang-barang masa Nabila dulu boleh pakai. Tapi aku silap, better beli set walaupun RM450, agak berbaloi. Sebab aku beli Autumnz Posh Bag, 4 Autumnz Storage Bottle & 3 Autumnz ice pack dah dekat rm65. Tapi kalau ikutkan itu memang harga yang murah dah kalau beli loose. Haritu beli dekat ig @barangan_ibu_anak. Ada tambahan barang lain sebab rasanya memang agak murah dia jual.
Semoga perjalanan penyusuan susu ibu kepada khayla akan berterusan sehingga berumur 2 tahun. InsyaAllah. Harap ada rezeki.
๐๐๐๐