She's All That

..coz she thinks everything is belong to her

I want to fly

I need rest and holiday. I want to go far away from here, busy and dizzy space. March 2011 is to long to wait. Please 2011 please come early. Everything about holiday had been plan on 2011. Starting from Jakarta, Bandung, Pulau Redang and KK (perhaps?). I wish i can go to Paris. Alone or with my love one. Someday :)

Peace !

Musim Kahwin

Dah dekat akhir-akhir tahun ni kalau tak dapat jemputan kahwin memang tak sah. Harini saja ada tiga pasangan kawan aku yang kahwin. Tapi dapat pergi satu tempat jer sebab yang lagi dua jauh dan tak teringat. Sekarang baru teringat seh. Sorry yer Zana. I don't mean it. Anyway Selamat Pengantin Baru untuk my secondary scholmate, Zana and my matriculation mate, Fairuz Adnan. Sangat bahagia melihat kamu semua bahagia. Aku entah bila lagi. Asal pergi wedding orang, kawan-kawan lain mesti tanya soalan yang dah tak jadi cepuemas ni. Aku dengan selamba menjawab, "Lambat lagi" kerana yang pasti, segala-galanya masih tak pasti. Aku sibuk berhempas pulas kerja kerja dan kerja kerana working is my passion. Oh yes, call me a workaholic ! haha. Si jejaka pujaan ku pula, masih berkira-kira tabungannya kerana masih belum mampu cukup untuk menyunting bunganya ini :) Walaubagaimana pun aku mengerti dan aku pun turut membantu. InsyaAllah, soon or later u will received our invitation . Amin .

Fairuz's Reception
Sangat maroon ok. And your wife sangat chantek. Sesuai dan sepadan. Walaupun side perempuan dah berlangsung masa raya aidilfitri dulu, anda masih seperti pengantin yang baru beberapa hari saja kahwin. Sparkling both of you guys ! Terima kasih dan ampun maaf dari pihak Ijam yang tak dapat datang memeriahkan suasana. Sibukkk semua orang tanya Ijam. haha. Dia pergi attend wedding kawan dia (my friend as well) dekat Johor. We are actually makes an arrangement for today. To be fair, aku attend Fairuz's  and Ijam attend Fadhil's reception. Tapi both side ada buah tangan dari kami. Ikhlas tulus from bottom of our heart.
Anywany, selain dapat makan nasi minyak (yummy ! sangat lazat ok makan kat wedding ko. Macam nak tambah tapi mengenangkan keayuanku tak jadi la . haha) aku juga dapat ber-reunion dengan sahabat handai dari KMNS. Oh saya sangat suka ber-reunion. Sampai ada yang aku lupa nama . So Sorry J! Now i will remember you name.tehee. Tapi kali ni memang tak ramai yang datang. Mungkin sebab banyak sangat invitation so tak terlarat nak attend semua kot. Tak pe lah, yang penting wedding aku nanti aku nak semua orang datang. Yang tak datang penalty HADIAH ok! hehe.

Cheers up !

PTPTN (3% to 1%)

Agak-agak korang rasa korang layak tak untuk tukar rate ptptn dari 3% kepada 1%. Kalau rasa korang sememangnya layak, so jangan terhegeh-hegeh lagi.. Cliko kat PTPTN untuk dapatkan rate yang munasabah. Aku dah register pun, kalau dia reject aku tak tau la nak cakap apa sebab setahu aku, aku lah pembayar hutang ptptn yang on time. Tepat 29hb jer aku dah siap-siap deduct dari cimb aku. Haa apa lagi ko nak aku buat wahai ptptn. Yang aku tension tu kos pentadbiran dia bukan main banyak lagi. Kenapa tak chage one time jer eh. Every month aku check statement rasa macam lambat je lagi hutang tu nak langsai. Terasa macam dah beranak pinak pun still tak abes bayar. Aduhai ptptn.

Ha, bercerita pasal ptptn ni.. Korang bayar macam mana eh? Kalau aku rasanya bayar online lagi senang. Walaupun dia charge 50sen aku rela daripada aku drive pergi ptptn kat damansara heights atau pergi kl sentral bayar kat kiosk. Dua-dua cara akan memakan belanja yang agak mahal dari bayar online. Dan setiap 29hb aku set kan kat cimb untuk terus deduct dari saving account. So tak de la menyusahkan aku nak buat satu-satu. Dah ada cara senang, buat apa nak susah-susahkan. haha.

Ok lah, untuk peminjam yang tak bayar tu.. reti-reti kan la bayar. Walaupun korang rasa tu duit rakyat dan korang memang tak nak bayar, korang salah. Duit rakyat la yang kita kena bayar balik untuk kegunaan anak beranak korang jugak. Byr je la minimum kalau dah betul-betul tak mampu. Korang rela ke kena blacklist? Walaupun aku tau mesti ada yang tak kesah..itu nasib korang la. Berani buat berani tanggung ok.




Salam Kemasyarakatan.

Happy Deepavali

I want to dedicate my wishes to my old sake friends since primary & secondary school , HAPPY DEEPAVALI to Yoganjali, Paveethra, Kavitha, Geethanjali Gausalia, Arshwin...emm i think thats all my indian friends. Umm actually there are a lot tapi sama ada aku tak perasan sebenarnya dia indian (sebab kadang-kadangkan ada yang macam indian tapi sambut Christmas jer. So im a bit confius) atau aku terlupa sebenarnya dia adalah sahabat aku dolu-dolu kala. Maap dipinta atas kesulitan yang berlaku. Anyway, sharp 12am tadi berdentum-dentum bunyi mercun. Awal-awal tu terkejut juga aku bukan sebab dia mercun, tapi dorang baling mercun tu dekat jer dengan tingkap rumah aku. Sape tak terkejut wey. Nasib baik aku tak ada sakit jantung tau kang tak pasal-pasal la deepavali korang jadi pokai sebab kena saman dengan aku. haha. Aku tau dulu masa aidilfitri pun aku main mercun, then korang macam nak revenge plak eh. Tak pe tak pe. Bolehhhhhh... Main laaaaaa.. haha.

Ok ok dah. Jom kita tido. Esok mahu kerja. Kerja sangat menimbun ok.

Kerja la kamu selagi boleh. Terima Kasih.

The Vampire Diaries

Aku sangat sangat sangat suke cerita ni ok. Nak tau tak kenapa? Sebab aku suka tengok Stefan! Harghh, he's so handsome, charming, cool & zassss. haha. I am addited with this vampire story sampai sanggup tido lambat sebab nak habiskan 22 + 7 episodes (for 2 seasons). Sekarang aku dah sampai season 2. Lagi sikittttt jer nak habis, lepas tu repeat balik tengok dari awal. harharhar. Ok pada sesiapa yang addited tengok cerita ni, blh la mintak softcopy dari aku dan boleh la bersengkang mata tengok sampai ke pag. Tapi kalau esok kerja, jangan la tengok..kang tak pasal-pasal korang kena buang keje sebab tido kat ofis gara-gara tak tido tengok vampire diaries.

Anyway, aku memang serius menyatakan yang cerita ni memang superb la! Rugi tak tengok =)

Mari kita melawat Stefan.... hiks~





Life!

In life we don’t get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more, in order to be more you have to face rejection.

Treasure Hunt @ Cameron Highlands

Last week, Cimb Taman Setiawangsa ada buat treasure hunt dari KL ke Cameron Highlands. Treasure hunt ni tade la sehebat macam kat MBSB dulu sebab ni buat sendiri-sendiri jer. Boleh la dikatakan fun jugak tapi costly. Flag off dari KL all the way to cameron memang kena keluar duit. Beli beras la, minyak masak la, biskut..fuh~ Memang charity kan. Actually all the items dorg bagi kat orang asli. Ok fine tapi banyak keluar duit seh. Ok ok charity ok. Ikhlas ok. :)

Sampai sana lebih kurang pukul 2pm tu pun sesat barat nak cari lokasi yang tak wujud. Last-last baru jumpa selepas soalan di amend. huh. Then terus la berangkat ke Desa Anthrium, apartment kami. Lepastu beramai-ramau gerak gi ladang BOH Plantation. Mlm, free & easy.

Esoknya la aktivti paling memenatkan. Bangun pagi pukul 6.00am pastu gerak gi jungle trekking.. 3 jam berjalan lepas tu balik bilik then after brunch gerak pergi rumah orang asli. Jauh jugak weh nak gi sane. Kena ikut jalan tapah tu. Aku ape lagi, tdo je la dlm perjalanan tu sebab aku memang ngantuk giler sebab smlm tdo lambat gara-gara karoke. Kat umah orang asli, beraktiviti dari smpai tu sehingga la pukul 10. Penatttttt giler.

Ahad, balik pagi lepas breakfast. Aku tdo sepanjang perjalanan dan itu je yang aku suke buat sebab aku dah tak larat nak layan orang lain bercakap.huhu.

Sekian, terima kasih.

Budak Poyo

Hari ni aku bukan nak cerita pasal kerja mahupun kisah rumahtangga. Tapi nak mengumpat. Orang kata berdosa mengumpat orang tapi aku rase-rase la, aku tak salah kot sebab aku ngumpat pun dalam blog jer. Lagi pun aku tak mention nama. Kalau ada yang terasa tu, aku mintak ampun dan maap la awal-awal yer. Sape suruh korang terase. Aku tak ngate korang, aku ngate budak office aku. haha. Ok jom kita mula..

Selama aku kerja almost 3 bulan ni, tak ada masalah pun dengan orang sekeliling mahupun facilities yang tersedia ada. Kadang-kadang rasa tak puas hati tu ada la cuma aku buat ignore je sebab kalau nak ikutkan aje nanti sakit ati pulak kan. Ok part kerja untuk sebelum 3 bulan menghappykan sehingga la hari ni. Ade la budak ni baru jugak masuk..baru tak baru jugak la tapi aku tak penah lagi nampak dia. Since dia kat tempat aku rasenya macam hari-hari jer tersempak. Mula-mula tu masa sesi ice breaking la konon aku siap puji dia cute taw. Tapi sumpah aku cakap kalau lelaki tengok dia memang toleh dua kali kot. Kot la kan..aku buat andaian sendiri jer sebab aku ni mane la penah nak kate orang cute melainkan diri aku sendiri. haha.

So nak dijadikan cerita, tadi aku tersempak dengan dia. Sebenarnya dah banyak kali tersempat tapi kali ni obvious plak. Aku senyum dengan budak ni [senyum bukan sebab nak ngade aku ape, tapi sebab sebagai umat islam kan ada kate senyum tu sedekah.] saya tekan Caps Lock disini yer, SEDEKAH! Tapi nak tau cane die balas balik..senyum tapi macam senyum muke geli tengok sh*t.  Euu peliz.. Aku sh*t ke? haha bodoh gak eh. Aku tengok balik dalam cermin tak plak sh*t kat muka aku ni. Elok sempurna jer. Dah dia camtu, start la aku cari benda yang boleh mencacatkan dia. Haa dah jumpa, rupanya suara dia macam katak puru. Aduhai kak, kalau suara macam tu..senyum jangan la cam haram jugak. Aku ni senior dari ko kot. Respek la sket. Aku bukan nak suruh ko tabik angkat tangan bagai. Tak hingin pun. Cuma SENYUM aje..SENYUM and respect ok. Dah senyum tu biar lah ikhlas. Muka cun melecun kalau respek tak de..tak leh pakai bai!

Kesimpulannya di sini, tolong respect sket orang lain sebab orang lain pun perlukan respect dari anda. Bukannya senyum macam kambing k.

Kalau ko bace blog ni dek, terima kasih la banyak-banyak. Semoga ko sedor diri tu.

I smile because i have no idea what's goin on.

Blast!

Bridesmaid

My old sake friend was invite me to be her bridesmaid during her wedding day on 12 Dec 2010! Wow! Baru tunang dah nak kawen eh.terkejut la jugak time dia bgtau nak kawen dah. Tapi nak buat cmne kan, dah jodoh :) So berbalik cerita bridesmaid, selain aku.. Dd and her another 2 besties has been choosen. Task given, pikiaq design apa nak pakai time wedding tu nanti dengan menggunakan lace, chiffon or even satin. Emm..penat jugak la aku pk macam aku pulak yang nak kawen kan. Google punya google, aku pun jumpa la dress yang tak over la kan. Her reception will be celebrate at Taman Metropolitan Batu ( i have no idea where is it actually) with Garden Wedding concept. So, that time i was thinking of dress la kan instead of kebaya.

Apa yang aku tau, dd will wearing wrap around maxi, her two besties short dress and empire dress respectively. Hoh! Takkan aku nak pakai kebaya kan..memang tak masuk tema la kan. huhu. So, the dress i have choosen is just nice. Dengan serta merta aku pun pergi la rumah ijam untuk berjumpa sifu (who else, kak lia la). Aku nak tanya berapa meter and jenis kain yang nak kena pakai untuk buat dress pujaan hatiku tu. I need 4 1/2 metre chiffon, 1 metre lace and 2 1/2 metre satin. Ok cool! Pasal kain, done! Lepas ni kena pikir nak buat dress plak. Nak tau macam mana dress yang aku nak pakai nanti? Macam ni..



Ahaks, over tak? Memang over la kan. Mine is not like this. Kita tunggu je nanti~

Info Pinjaman Perumahan

Bagi mereka yang ingin memiliki sebuah rumah, tengok la dulu harga rumah..biar sepadan dengan gaji sendiri. Selain daripada gaji masuk setiap bulan, kena alert juga dengan komitmen seperti Hire Purchase, Personal Loan dan loan-loan lain yang ada dalam record Bank Negara.

Dari pengalaman saya sendiri, ramai yang apply housing loan tapi tak dapat lepas 90%. Sebabnya komitmen yang tersangat la banyak. Ok, aku nak share ilmu aku sikit macam mana nak kira komitmen korang atau repayment ability untuk membayar bakal rumah yang akan anda beli.

Contoh 1:
Anda ingin membeli rumah dgn harga RM250k.
Gaji bulanan : RM5080.00
Komitmen dlm CCRIS report : RM2500.00
Komitmen untuk rumah baru : RM1088.00
Jumlah komitmen : RM3588.00
% komitmen: 70.63% <=== (Jumlah komitmen/Gaji bulanan)
-Percentage komitmen tidak melebihi 85%** oleh itu anda berkemampuan untuk membeli rumah idaman anda itu.
**Guideline percentage ini bergantung kepada gaji anda.

Contoh 2:
Anda ingin membeli rumah dgn harga RM680k.
Gaji bulanan : RM3500.00
Komitmen dlm CCRIS report : RM2200.00
Komitmen utk rumah baru : RM3200.00
Jumlah komitmen : RM5400.00
% komitmen : 154.29% <== telah melebihi had kemampuan anda, oleh itu anda tidak layak membeli rumah dgn harga sebegitu.

Oleh itu, adalah penting untuk anda mengukur baju dibadan sendiri sebelum membeli rumah idaman.


Kalau korang nak beli rumah dan buat loan, boleh la call aku eh. :)

Hari Raya lagi.

Hari hari hari raya. Semalam pergi beraya dengan kengkawan ijam. Hidup aku semalam dilimpahi dengan makanan terutamanya satay! Hidup satay yeay! haha. First spot kami semalam dekat rumah fadil dan becoming wife, Kajang. Lepas tu berarak beramai-ramai beraya kat rumah amir kat kampung baru then muna kat wangsa melawati, aina kat gombak, anne kat sungai buloh dan lasssst skali kat rumah su kat sg. buloh jugak. Ade la dalam 6 rumah jugak aku melawat semalam.

Thanks to u ols [walaupun aku tau dorang tak baca blog aku ni] sebab bagi aku makan dengan makanan yang enak-enak.. yummy! Minggu ni memang minggu makan ok. Ramai yang buat open house sampai kan jalan dekat kL dan selangor jems giler tak ingat punye la. Aku sampai tertido2 mase on the way pegi sg. buloh tu. Punye lah penat, penat makan la sebenanye. Pheww~

Thanks jugak dengan Mr.Right ku yang dah nak patah kaki bawak kereta manual dari pagi hingga lah ke malam. Bukan aku tak nak bawak tapi die yang tak bagi. Baik kan kan. hehe.

Gambar? Tak dapat nak upload sebab aku tak bawak camera dan ni bukan event aku. I am just a follower and eater. Photograher nye adalah kawan-kawan ijam :)

Sekian Terima Kasih.

Salam Aidilfitri

Ok aku tau dah terlambat sket untuk wish Selamat Hari Raya kan. Tapi raya sebulan, ape ade hal pun nak wish bile-bile. Raya tahun ni aku balik kampung as usual, pagi raya balik Sg Buloh then petang tu gerak balik Johor pulak. Raya kat Johor sekejap jer sebab aku cuti ari isnin jer, so kena la balik kl awal ari ahad. Ape yang best raya tahun ni eh? Macam same jer macam tahun-tahun lepas. Cume bezenye, aku up kan sket duwit raye. Aku up kan bukan sebab dah kaya, tapi sebab fikir nak bersedekah kan. So layan kan aje. huuuuu~

Aku buat kuih raya taw tahun ni.. Tapi dua jenis je la.. cornflakes & chocolate chips. Cornflakes aku seperti tahun dahulu kala memang jadi la kan. Lagi pun senang jer. Yang chocolate chips tu, memang la tak jadik kan. Konon-konon nak buat ala2 famos amos, tapi jadik cm hangus chips. haha. Rase sedap ok [haha naik bakul angkat sendiri]. Kalau tak takkan sebelum raya dari satu balang penuh tinggal half jer. Haa.. :) Ape-ape pun, walaupun hangus tetap mendapat sambutan. haha.

Theme baju raya: PURPLE!! Oleh sebab aku rase aku banyaaaaaak sangat baju kaler purple, so aku mls la nak beli baru..sambar aje baju yang ijam bagi tahun lepas. ahaks. Ala takde hal la.. Selain baju purple tu, aku ade 3 lagi baju raya yang aku tempah n siap sebelum raya aritu. Sepasang baju lagi belum pakai lagi sampai sekarang.. haha punye la dah takde mase nak pegi beraye. Ok takpe takpe, raya sebulan maa... ;)

Emm..weekend ni ade agenda dengan ijam's colonies. Jalan-jalan terjah beraya! huhu mari kite raye...lalalala :)

Mari kite Nyanyi .. 

Resepi Famous Amos

Setiap tahun aku memang suka buat Chocolate chips tapi ikut resepi buku jer. Tapi tahun ni aku rase macam nak buat yang ala-ala famous amos. So, aku pun search la dekat google resepi famous amos ni. Ade seorang hamba Allah ni dia post Resepi Famous Amos yang dia beli dengan harga RM250.00. Giler mahal resepi saje..Punya la dia bengang ingatkan waiter tu cakap RM25.00 (only two fifty) rupanya two hundred fifty. So dengan sengajanya dia berkongsi resepi tu dengan semua umat manusia. Mari la kita try..

Bahan-bahan:
2 cawan butter
4 cawan tepung
2 tsp soda bicarbonat
2 cawan gula halus
2 cawan gula perang
5 cawan oat yang diblend halus
24 oz. chocolate chips
1 tsp garam
18 oz. Cadbury bar (parut)
4 biji telur
2 tsp baking powder
3 cawan chopped nuts (boleh guna walnut, almond atau hazel)
2 tsp vanila

Cara:

  1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
  2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam baking powder dan soda bikarbonat.
  3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah diparut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
  4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dalam jarak 2 inch.
  5. Bakar dalam 15 minit pada suhu 170 degrees.

Jangan lupe share dengan kawan-kawan yer. Mane la tau satu hari nanti korang blh bukak kedai macam Famous Amos.. Leh bagi aku makan free hari-hari... wuhuhuuuu!

    Hiatus

    ...


    Myra Zailani

    My photo
    i hate to be hatters. i love to be a lover. i am insane. i love cupcakes.

    Find me here:

        Popular Posts

        Followers

        Mari Mengira

        Freshment..

        E-Day Checklist



        1 . Engagement Date
        2 . Place
        3 . Catering + Menu
        4 . Canopi + kerusi + meja
        5 . Hantaran
        i . Chocolate
        ii . Pulut kuning
        iii . Puding
        iv . Sireh Junjung
        v . Fruits
        vi . Novelty Cake
        vii . Cookies [Famous Amos?]

        6 . Mini Pelamin
        7 . Make up
        8 . Ring
        9 . Photographer
        10 . Gifts
        11 . Dekorasi
        12 . Fresh Flower
        13 . Dulang hantaran
        14 . Bowl for chocolate
        15 . Baju Tunang

        Mortgage Calculator