She's All That

..coz she thinks everything is belong to her

Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Trip to Langkawi

Last week, kami jalan-jalan (so call holiday) ke langkawi with ijam's family. Our trip from KL to kuala perlis takes about 6hours by bus. Naik Cosmic Bus, tambang rm45 sorg. Kami naik berdua je sebab yang lain was decided to drive je sbb ade budak kecik. We 're comfortable to take bus sbb tak nak letih drive. So sepenjang perjalanan mmg tdo je la smpai la ke kuala perlis baru sedar diri. Sampai around 5.45am.

Lps smpai tu terus la ke kaunter tiket utk beli tiket ferry. Masa smpai tu ramai jgk yg dah beratur. Nasib kami cpt, so dpt la naik ferry pukul 7am (ferry plg awal). Kalau nak tau, jeti ms tu mmg crowded. Time blk pun same, terrrrrsangatt lah crowded! So aku dah ckp kt hubby, next time klau nk gi langkawi we better take a flight. Tak pun dtg time bukan cuti pjg.

Ni adalah muke kepenatan tggu family yg tak smpai lg dr kuala kedah. Poor them, ferry pukul 10.30am. Punyelah ramai org nk dtg langkawi ni.. fuhhh~~


kl - penang - cameron higlands

Treasure hunt yang MBSB buat 10 July 2010 lepas memang antara event yang terbesar untuk tahun ni. Dan ni first time aku ikut event yang besar macam ni, terutamanya dengan MBSB. Awal-awal pagi tu ktorg dah kena berkumpul kat parking Pusat Sains Negara untuk sesi briefing. Time-time sampai pusat sains tu banyak yang dah siap berkumpul. Team aku la yang paling belakang skali.. walaupun sebenarnya ade yang sepatutnya lagi lambat dari ktorg tapi dapat jalan dulu. Around 8 cmtu baru lah masing-masing dilepaskan macam baru terlepas dari kandang. hahaha. Task pertama ialah kena cari barang natural yang bermula dgn huruf M? B? S? B?. Apekah? Apetah ktorg jawab lupe ah.. Tapi yang pasti, ktorg siap singgah pasar tani dekat jalan kuching untuk cari barang natural nih. Kagum laa aku pagi-pagi dah ade kat pasar. Tak penah-penah la aku serajin tu. ahaks.

Perjalanan untuk treasure hunt ni berakhir kat penang. Ktorg stay kat Hotel ape tah. Tapi agak impress la dengan room choices. Aku mati-mati la ingat dorang letak ktorg kat hotel cikai, tapi sebenarnya tak. Mungkin sebab event ni melibatkan CEO, so dorang kena la jaga image kan. Kalau duduk hotel cikai nanti orang kata MBSB takde duit pulak padahal diberi gelaran "Your Financial Provider". Mane leh takde duit kan kan.. :)

Anyway, ni la kali kedua aku pergi Penang. Kalau tak silap aku holiday dgn family aku masa umur 7 tahun kot. Gile lame aku tak jejak kaki kat sane. Aku ingat lagi dulu beria nak naik ferry sebab leh tgk laut terbentang depan mata. suka suka. heeeee. Sekarang Penang dah berubah banyak. Agak maju compare dengan dulu. Kat sane pergi makan pasembur laa..makan durian mahal laa (kat Balik Pulau, gile mahal durian tu)..dan macam-macam lagi aktiviti yang melibatkan makanan. haha. Awesome Penang! Akan ku datang lagi, lepas dah ada anak... perhaps?

Ok then hari ahad tu ktorg dah kena chow dari hotel yang besh tu awal-awal pagi sebab next place was Cameron Highlands. Naik dari Simpang Ampat (?) so jalan takde la teruk sangat. Ok fine aku memang tak kesah ikut jalan mana pun sebab aku tdo jer dalam kete dari Penang sampai la masuk tol Simpang Ampat (?). Time sampai CH tu dah pukul 7 lebih so ktorg decide untuk terus check in jer kat Hotel Rosa ape tah. Dekat Brincang jer. Mlm tu tak happening sangat sebab org kt situ kate banyak kedai-kedai yang aktif malam Jumaat dan Sabtu jer. Ok tak kesah la yang penting dah sampai CH dengan selamat. Yeahaaa!

Esoknya, jalan-jalan sambil shopping barang-barang untuk bawak balik macam strawberry, jem etc. Tapi satu jer yang dah tak beshnye CH ni, dah tak sejuk macam dolu-dolu. Aku pakai sweater pn xguna sebab tak sejuk weh. Siap berpeluh ade la. Banyak sangat pembangunan so ekosistem dah tak stabil. Sebab tu tak sejuk maaa... Adeh!

xoxo

PHUKET

We've been to Phuket, Thailand on 22 - 24 May 2010. Overall the trip was okay. Orang kata Phuket cantik sebab pantai. Tapi for own experience, pantai Malaysia is still the most beautiful in the world :)
Ktorg pegi phuket ni pun sekejap jer. Our plan only for hanging around and saje tgk2 negara orang. Dkt phuket ni, selain popular dengan pantai.. ada lain jugak yang interesting. Macam FANTASEA Theme Park. This is the place u should go if u are there! The place is Awesome! Theathe pun one of the things u should tonton... walaupun jalan cerita agak bosan, tapi ade benda lain yang buat korang teruja, their backdrops. Gempaklah!

1st day
We arrived at Phuket International Airport @9.05pm. Kuar je dari pintu airport, dah ade teksi yang aku dah booking awal2 tunggu. Mula2 tu nak suh driver tu tunggu kejap sebab budak2 ni ngah beli barang kat mart dlm airport, punye la speaking... Tapi rupe2nye reti plak die cakap BM. Org Pattani katanya..so reti la sket2.. huhu. layan ajer.. Then trus die anta kat Patong Bay Resort Hotel. Aku booking bilik yang ngadap pantai, tapi dapat yang lain plak. Since ktorg datang dengan tmbhan 3 org, so ingat nak amek bilik lagi, tapi full house la plak. So kena la 4th of them duduk kat hotel seberang jalan. Takde la mahal pun.. semlm 100 jer with complete accomdations.



Oleh sebab ktorg smpai mlm, so just letak barang dlm bilik n gi cari tmpt makan halal. Kat kawasan situ kebanyakkannye mkanan yg tak halal. Even mcd pun tak halal kowt. hehe. Mcd kat Patong tu aku tak sure la halal ke tak. Tp since ktorg dah was-was, so better ari tmpt lain. Sementara tggu Jebon & family, ktorg borak2 la dgn driver tuk-tuk. Reti la plak cakap bm. Blaja kat Malaysia dulu katanya. haha. Dia pun tau pasal halal ni, so ktorg suh la die bwk gi tmpt mkn halal. Kalau korg nak tau, expenses kat phuket ni agak mahal la jugak. Mungkin sebab banyak mat salleh yang dtg. Naik tuk tuk ni dari hotel ke tmpt mkn kena 200bath = rm20.

Dah abis mkn ktorg terus je balik ke hotel sebab sok nak bangun awal utk fullfill the day dengan mcm2 aktiviti.

2nd day
Tuk tuk yang ktorg tmph utk 1 hari dah tercegat depan hotel pukul 10am. Kat phuket ni, pukul 10am belum banyak lagi kedai yang bukak. dorg stat pukul 10.30-11am cmtu. Then, ktorg pegi la tempat naik gajah. Charge utk naik gajah ni 800bath / pax. mahal kan.. tu pun utk stgh jam jer.. tp aku tak rase plak aku naik stgh jam..mcm sekejap jer... Nak amik gamba dgn baby jumbo kena byr 10bath jugak. padahal amek gamba jer.. Ok,tak abis lagi.. Ktorg naik la gajah smpai separuh puncak, kat ctu owner gajah tu mtk camera kat ktorg utk ambil kan gamba.. Ktorg bg je la tnpa byk soal, pas amek gamba tu.. die suh bayar 20bath.. pergh gilo main duit kat cni. Nak tak nak mmg kena bayar la.






Pastu ktorg pegi la kat Kata Point. tmpat utk tgk pemandangan lautan dari atas bukit. Mmg cantik pemandangan die. Tak nampak dah kesan2 tsunami.. Mungkin disebabkan pembangunan yang pesat sebab tak nmpk kesan2 tu. Then ktorg pegi Phuket town.. utk makan tghari. Best jugak la food kat ctu. Tapi dah rase macam makan kat Malaysia la plak. huhu. Pas makan gi kilang t-shirt, aku sempat la sambar beberapa helai. tu pun tak banyak sebab banyak yang da abes sbb trip bas dari malaysia yg dtg sblm ktorg da habiskan byk sgt. Aku sambar baju utk aku, tu pun XXL kids size. hahaaha nasib muat. Lepas tu gi kedai pearl la, beli chewnuts la.. dll.



Abes beli2 tu, singgah jap kat Hardrock Cafe Phuket. Baru je bukak tak silap aku last year. Saje singgah sebab ade org order baju hardrock..:)
Lepas tu ktorg blk hotel then terus pegi FANTASEA theme park.
Balik dah pukul 11pm.. Sume dah tak larat sebab berjalan dari pg so singgah beli mkn n trus blk hotel. Aku, ebab n jebon jalan2 patong beach kejap mlm tu. Saje je nak tgk situasi mlm yang happening.





3rd day
Last day ktorg kat cni.. so cume jalan2 kat kawasan sekitar jer. Kalau nak beli barang kat kawasan patong beach ni, cube la bargain selagi boleh sebab ktorg dah terkena arga yang tak berpatutan. Mula2 beli harga tu, pastu jalan depan sket harga dah lain. punya la frust. huhu. So kesimpulannya, bargain til u drop. hahaha. Ptg tu van utk ke airport dah smpai, so trus la berangkat ke airport. huhu.



Good bye Phuket!

next trip, Jakarta. tapi tahun depan.. ;)

BANDUNG

Dah lambat sangat untuk update cerita pasal Bandung ni. But i still wanna loud it out! huhu.
It's was awesome trip to the world of shopping, BANDUNG Indonesia. I had very happiness moment there. Bukan sebab dapat shopping, tapi dapat berjalan. Seven of us habiskan masa berjalan-jalan ke sana dan ke mari. Tempat yang aku ingat, Pasar Baru (we went 2 times!), Cihampelas, Jln Dago, and a lot more. Most of them we went only for sigh-seeing and of course shopping lah.

First day arrived, dah malam..so we decided to stay at Sukajadi Hotel walking distance to Shopping Mall (forgot the name). The hotel sangat bagus dan decoration is awesome.



2nd day
Check-in kat hotel yang ktorg dah booking, Sany Rossa Hotel. We were staying for 2 nights in Family suite. Quite big and comfortable. Hotel pun dekat dengan Cihampelas, Rumah Mode & Fast food (McD & Pizza Hut). Supir yang ktorg amek actully takde la memuaskan hati sgt. Janji nak bwk luxury van, ttbe smpai hotel naik van burok. Aduhai. Sengal tol. So, aku suggest korang yang nak amek supir, better search dulu mane2 website. Aku tak pasti la plak kat mane.



Arini ktorg plan gi tempat yang jauh dari hotel. So pasar baru lah. Jalan sehari suntuk wooo.. Malam tu kitorg order dari hotel untuk tukang urut. Umm..aku suggest korang tak ya tempah hotel. Dekat-dekat ngan Sany Rosa ni ade tempat urut. Aku try 3rd day tu sbb mase ktorg blk diorg dah tutup.



3rd day
Utk ari ketiga, we planned untuk jalan-jalan kat cihampelas & jln dago. Sini memang banyak Factory Outlet (FO). Every single FO kami singgah. Macam nak tercabut kaki la jugak. Agak-agak aku la kn, ktorg dah berjalan dekat 50km. huhuhu. Nak cari tempat makan mmg macam susah sket. Lagi-lagi mcm ktorg yang mmg sedikit memilih (tmpt yang tak biase la katekan). Ktorg tanye2 je kat sape2 mane tempat mkn yg murah n halal. Then we found Ampera! Emm..aku rase ok la kot tempat die. Dorg sume ok, aku ok je la.. Walaupun sebenanyer aku tak brape suke. heeeeeeeeee.. Lepas mkn, ari da malam..ape lagi pulang lah ke kamar kecilku. Naik angkut-angkut la. Dah tak larat nak berjalan lagi. huhuhu. Mlm tu, massage n lulur. Besh!








4th day
Arini dah balik. Tapi fligh petang. So untuk menghabiskan masa kat Pasar Baru lagi! Aku just beli telekung jer. Utk penghabis duit. Tp agak kelam kabut jugak la sebab nak kejar mase utk bersiap blk otel n terus ke airport. Tu baru pergi shopping, tak singgah lagi kat Kubang Perahu la..etc. So, we decided to go to Jakarta! Kalau ade mase lapang, singgah ke Bandung utk habiskan ape yang belum dijelajahi. huhu.



Good bye Bandung!

Next trip is PHUKET! Cite esok lah.

:)

Holiday again

Rase tak sabar nak tunggu holiday lagi. This time, we've planned to BANDUNG! Yeay! Holiday datang lagi. We are going on 3rd April 2010, which mean...this saturday laa.. We were counting the day, time and every second. Very exciting!


Hopefully boleh pergi holiday once a months. Selain boleh jauh dari kerja-kerja yang agak serabut kat office, boleh jugak shopping & tgk2 negara org. Next place macam nak pergi Ho Chi Min City. Tapi, kak linda kata kat sane tak tenteram sekarang ni sbb kat sane tengah political crisis. Maybe i will search for the place that cost me cheaper and satisfaction. Apa-apa pun, kita tunggu cerita dari bandung yer.

So long my dear blog.

Nity Nite :)

Don't Forget!



Mira, please don't forget to do A wishlist before going for holiday! Yeaaa..holiday comes again. I can't wait for it :)

Taman Negara 29 - 31 Jan 2010

Buat pertama kalinya di tahun baru aku & friends holiday kat Taman Negara Pahang. Kitorang pegi 29-31 January 2010 lepas seramai 10 orang, balance. Mula-mula aku tak de la terpikir sangat aktiviti kat taman negara tu, tapi lepas dah join... mak aih, ni macam kem motivasi plak. hahaha. Watever it is..aku still enjoy selama lepaking kat Taman Negara tu. Apa aktiviti kitorang? Check it out peeps... :)

29 Jan 2010
Semua diminta berada di KL Sentral pukul 6.30pm..tapi train pukul 8.30pm..shud be pukul 7-7.30pm la kan.. Tapi si apis tu suruh dtg awal plak..last-last die yang datang lambat pukul 8.10pm. Kelam kabut ko sebab passangers have to be at their seats at 8pm.hahaha. Perjalanan dari KL Sentral ke Jerantut memakan masa yang agak panjang. Korang tau la kan naik tren nih..kene ikut gerabak die..so, dari KL Sentral die bergerak ke selatan dulu baru la naik ke Jerantut. Aduh, patah tulang punggung aku duduk lame sgt dlm tren..tapi ape yang korang kene tau, it's really priceless experience u never had! Sangat seronok dan teruja. haha. Mcm2 la aktiviti kitorang buat dlm tren tu selain dari amek gambar.. :)

30 Jan 2010
We arrived at KTM Jerantut at 4am. Awal kan..ktorg je yang turun kat Jerantut tu. Passangers lain ramai yang pergi ke arah Pantai Timur. So, dengan berbekal kan pengalaman Suhaimi..kitorang pun berjalan la mencari stesen bas.. Nasib baik tak lama nak tunggu bas ke Taman Negara sebab pukul 6am tu pakcik bas dah start enjin utk bawak kitorang ke Taman Negara. Dalam perjalanan tu aku rase takde sorg pun yang stay smpai ke Taman Negara sebab sume orang tdo tak ingat dunia. Penat dlm train tak ilang la katekan. hikhik. Dlm pukul 7 ke 8am tu kitorang sampai ke destinasi yang dituju. Sampai2 jer ape lagi..breakfast lor. Masing-masing tengah kebulur.huhu. Then, kami check in pukul 10am kat Delili Hostel (aku lupe plak name die.wek wek)..

Pas siap2..kitorg gi naik bot pergi ke Taman Negara. Oleh sbb teruja sgt, kami berjalan-jalan la dlm hutan. Masing-masing da la pakai selipar..jalan kat hutan plak utk naik canopy walk.. jauh tuuu..jalan dlm sejam la jugak kot. Aku da la lapaaa...bfast tadi makan roti canai jer. Lapa siot... Tengah-tengah jalan tu, aku terhantuk la dahan pokok. Aduh sakitnyeee...Tuhan je yang tau. Rase cam nak nanges jer tp ku cube tahan juge.hehe. Dah la terhantuk dahan pokok, lepas tu pacat plak singgah ke jari kakiku. Darah tak yah cakap la...tak nak benti. Tak sakit, tapi geli.. Euuuu..

Lepas abes naik canopy walk, kitorang plan pegi sungai utk mandi la konon2. Tapi sampai kt sungai tu, ya ampun...macam sungai darah la plak. Air kaler cokelat kemerahan..macam kotor tapi macam bersih. Aku n the girls tak mandi pon.kitorg baring2 n ape lagi...tdo la. Guys, doing their activities. Tangkap ikan? Mandi-manda? hahaha klako. korg tangkap la ikan tu, sampai tahun dpn pun tak dapat. hahaha.

Abes jer activity merepek dorg tu, kitorg pun gerak blk. Perot pon dah lapa n matahari pun semakin membenamkan cahayanya.. ") Petang tu, kitorg dibawa utk pergi Water Rafting! I loike this thingy..seronok sgt. Then lepak tepi sungai..mandiiiii time! sambil bakar ikan fresh.. :) Mlm pulak, kitorg barbeque. Makan ikans ngn daging selipar.. hahaha.

Lepastu masing-masing dah penat...tdo la ape lagi dan bermulalah kejadian "Sape Kau?!" hahahahahaha.

31 Jan 2010
Kul 9am ktorg bfast n naik bot utk ke Gua Telinga.. Masuk dlm gua..tgk2 kelawar..banyak seh tapi tak leh nak amek gamba sebab gelap n kalau amek gamba pkai flash, nanti dorg terbang langgar ktorg plak. So, oleh kerana keselamatan lebih penting dari gambar, kami pun hanya melihat-lihat dan abadikannya dalam kotak otak masing-masing :)
Then, gerak balik naik bas dari Taman Negara pukul 3pm n sampai Jerantut around 4.30pm. Makan2 after that balik KL naik Metrobus pukul 6pm.

Yeah, berakhir la sudah pengembaraan kami di TAMAN NEGARA PAHANG! Why don't you try..Tak nyesal pon..

Seronok.Experience.Freindship.

Pangkor Island

Yeah yeah, we've been to pangkor island at the end of this month. But still under planning by those guys :) I just follow the rules and having fun there! yeahaaa! Really excited. Btw mira, please check your account and saving before you go for it. Otherwise, you will be unhappy person because have not enough money to enjoy yourself.
Yeah yeah.. can't wait for thier decision. yeah yeah..

Nah, map of pangkor. hehe



Teluk Kemang, Port Dickson

:) Yesterday was sooOo fun! I love going to holiday.

Archery

Memanah mmg memenatkan & menyakitkan tangan. But, we're having fun together enough :)
eventho aku xdapat attack the center part, xde masalah pn.hehe. Thanks to mr.macho yang spend your 3days and 2nites at jB. Saya Suka Banget! *wink wink* sambil melompat kegembiraan. Actually ktorg tak plak plan nak main archery tu. Dah alang-alang jalan tu, try la. Bila lagi kan..hehe. Price for per person is RM5 for 12 arrows. We decided to take rm12 for 36 arrows. Aku ingat 12 arrows tu sket sangat thats why amik la rm12 tu. Rupanya, terasa tersangat la banyak. I'm shaking played that thing. Nak tau seronok ke tak? Try la..anda pasti teruja. ahaks!

*mr.macho wif his style ;)*


*Focus on the target*



*Our target*


*Whoah! U got it! 3 arrows in the middle*


*Mine.hahaha. What a worst me*

Myra Zailani

My photo
i hate to be hatters. i love to be a lover. i am insane. i love cupcakes.

Find me here:

      Popular Posts

      Followers

      Mari Mengira

      Freshment..

      E-Day Checklist



      1 . Engagement Date
      2 . Place
      3 . Catering + Menu
      4 . Canopi + kerusi + meja
      5 . Hantaran
      i . Chocolate
      ii . Pulut kuning
      iii . Puding
      iv . Sireh Junjung
      v . Fruits
      vi . Novelty Cake
      vii . Cookies [Famous Amos?]

      6 . Mini Pelamin
      7 . Make up
      8 . Ring
      9 . Photographer
      10 . Gifts
      11 . Dekorasi
      12 . Fresh Flower
      13 . Dulang hantaran
      14 . Bowl for chocolate
      15 . Baju Tunang

      Mortgage Calculator