She's All That

..coz she thinks everything is belong to her

Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

I am Married!

Good day bloggers and readers :)

Masuk hari ni, dah 20 hari aku bertukar status kepada isteri orang. Tanggungjawab pun dah berubah dari single kepada double. Kalau dulu time makan tak ikut time, sekarang dah tersusun sikit. Kalau dulu iron baju keje bila pagi2 nak pergi keje..time tu kelam kabut cari baju ape nak pakai, skrg mlm2 dah kena iron sebab nak iron utk hubby terchenta. Dulu malas tahap gaban, skrg rajin sikit-sikit..hehe.

Oh ye, dan masuk hari ni dah 6 hari aku kena chicken pox! Adoi tuhan saje yang tau betapa gatalnye badan ni. Naik teruk dekat badan. Dah la bertandang bulan 3 ni pergi bertandang dekat muadzam shah, mintak2 la disembuhkan cepat dan dielakkan berjangkit dekat hubby. Dia tak pernah lagi kena tu.. Ya Allah, minta disimpang la. Bosan sangat duduk seminggu dekat rumah. Phone tak benti2 ringing sebab client nak tanya status loan..penat den nak explain.. Kena la bersabar, ni kira dugaan lepas kahwin.

Anyway, dugaan masa nak kawen lagi la aku naik nyampah. Nyampahnya dekat vendor aku yg satu ni okeh. Si butik Davency terletak di Jalan Ipoh. NOT RECOMMENDED AT ALL! Sehari sebelum date aku baru nak layan aku untuk alter baju, pilih accesories etc. Dah last2, accesories dah banyak takde..tak cantik langsung! Sebelum ni datang dah lebih lima kali, asyik2 baju banyak keluar. Last2 aku datang sehari sebelum aku kawen same jer.. Tak nampak pun baju2 yang dikatakan keluar tu. Ktorg datang pukul 6pm, tunggu la sampai pukul 7pm baru nak layan. Anyway aku memang tak berkenan langsung dengan one of the worker..cara cakap mcm kedai tu dia yang punya. Aku siap nangis ok dekat butik tu sebab layanan dorg. Sempat gak sound, tapi lepas tu hubby suh cool down sebab takut nnti lambat plak balik.. Allah saje yang tau betapa panasnye aku. Lepas tu alat merenjis last2 minit time majlis aku dah berlangsung baru nak hantar ye. Mmg "good job" sgt la tu. Dari segi bajet actually same je macam butik lain. Pelamin pun, YA ALLAH, sangat dissapointed. Aku rasa maluuuuuuu sangat nak naik atas pelamin tu. So, u shud find others but not them.

Aku bukan nak menuduh sebarangan sebab the same things happen to my old sake friend. She told me mase attend wedding aku. Lagi la dia kata tak ada langsung alat merenjis. Aku sure korang faham macam mana perasaan pengantin masa tu. Make a GREAT CHOICE wahai bakal-bakal pengantin!

Other vendor, AWESOME!
Catering - Ekhwan Catering.. dah dua kali pakai khidmat dorg sebab their foods mmg thumbs up :)
Doorgifts - Garden of Galleria by Kak Nisa.
Pre Wedding - Photo by Lokman Photography. Makeup by Mahligai Jazeyah.
Guest book Corner - by Mahligai Jazeyah.
Guestbook - by my friend Sheeda.
Tapak hantaran - by Mahigai Jazeyah & my friend Lyza Jaafar.
Beautifully made Wedding Cake - by Ninie Cakes House. Kek sedaps & design mmg i loikeeee sgt :)
Henna & inai - by Mahligai Jazeyah.
Videography by CST Production! They done a very very good job! Thumbs up!

Okay, itu je kot..

Thanks :)
  
  

Wedding Preparation - Booking

Wedding oh wedding...again. Dah lama tak update entry pasal preparation untuk kahwin ni. Konon-konon busy la kan..tapi memang busy, dengan kerja sahaja. Dengan harapan kerja banyak, rezeki pun melimpah-ruah. InsyaAllah :) Ok, dalam beberapa minggu yang lepas, awal bulan kalau tak silap aku. Kitorang singgah ke Urban Vibe Event - Pameran Pengantin dekat PICC. Sanggup ok dari selayang ke putrajaya, semata-mata nak dapatkan worth package. Thanks Allah for brought we there. At least we've booked three vendors for the becoming beautiful weeding. cewah!

Kami sudah booking Butik - of course untuk attire & accessories for groom and bride. Butik mana? Akan diberitahu kelak sebab aku nak tau service dorg macam mana dulu. Kalau memuaskan hati, i will recommend it. If not, kutukan bertubi-tubi la jawabnya. Huhu. Deposit sebanyak RM300. Appoinment untuk design baju nikah dan lain-lain hari ahad ni.

Kami juga sudah booking Kad Kahwin - tempatnya nun jauh di Puchong. Takpe la, puchong pun puchong. Janji berbaloi-baloi. Actually, i am not looking for the mahal-mahal one sebab my fiancee and i were thinking that the cards will end up into the tong sampah atau ke mana jua tempat yang sepastinya tidak akan disimpan ke dalam peti khas. Haha. Harga kad tak mahal, just nice with the budget yang sangat terhad. Deposit sebanyak RM50 telah dilunaskan. Appoinment belum lagi sebab tak ada masa yang sesuai lagi untuk ke Puchong, atau lebih tepat lagi masih awal (awal tak awal la kan).

Kami booking juga Videograher - siapakah gerangan agensinya? Sangat lah terkenal dengan video nya yang hottest! Antara agensi yang menjadi pisang panas terutamanya untuk artis-artis. Cewah, aku pun nak jadi artis ker? Hahaha. No no no, aku pilih dorang sebab satu , my schoolmate is working there! ah cool! :) Dua , harga promotion yang memang aku rasa tak akan ada lagi. So dengan hanya berfikir sebanyak 2 kali, aku terus bayar deposit sebanyak RM300. Booked! Tapi aku hanya dapat booking untuk nikah . . time reception dah fully booked. Frust sangat ok. Tapi apakan daya, mereka kata nikah la saat yang paling penting. Jadi aku pun terima la dengan seadanya. 

Tu je la yang ktorang dah booked. Seawal pagi kitorang datang dan selewat malam baru pulang. Penat tau pusing-pusing semata-mata nak cari yang berbaloi-baloi and fits with the budget.

Alhamdulliah, semuanya berjalan dengan lancar. Banyak lagi yang belum booking ni. Rasa macam kesuntukan masa, tapi be cool and steady, hopefully everthing will be fine :)

Terima kasih.

Wedding Preparation - Date

Wedding oh wedding. Lepas cerita pasal invitation orang lain, baru lah teringat nak update pasal preparation aku yang berjalan hanya separuh jalan sebab terlalu sibuk dengan kerja kerja dan kerja. Sampai nak discuss dengan si tunang pun tak ada masa. Dia sibuk dengan kerjaya dia, aku pun begitu juga. Ok mari kita mengupdatekan cerita kahwin ni...

Tarikh untuk berlansung telah pun ditetapkan tapi belum mendapat persetujuan belah lelaki disebabkan si tunang tak ada masa nak berdiskusi dengan parentsnya. Orang duduk jauh dari family la katakan. Aku dah siap discuss dengan parents aku pasal date tu, and they are totally agreed. How's your side encik tunang? Silalah update saya dengan segera.

Perkara yang paling penting belum dapat kata putus, so sesi booking membooking masih belum boleh dijalankan. Nanti tetibe tak jadi tarikh tu, rugi la booking aku nanti. So terpaksa la bersabar walaupun sebenarnya dah banyak benda yang aku dah search. Everything is still in the pending book. Duh~

Semoga bersambung lagi.

psss : sementara rasa nak prepare ni, buatlah tag terima kasih dulu. tak payah susah-susah nak tempah nanti. tukang cutting dah ada..aku tinggal design and print aje. Bajet kan.. So, marilah kita...

Wedding Invitation - Ikin & Zul

Hello peeps!

Musim kahwin nak datang lagi. Sudah masanya aku menyusun schedule untuk menghadirkan diri ke rumah-rumah bakal suami isteri. Cewah macam perdana menteri la pulak kan. Tak kesah la kan, tapi aku memang dapat banyak invitation dari sahabat handai. The latest invitation card are from Ikin & Zul. I both cards today ok. Both wedding will be held in June at Taman Botani Putrajaya and AU2 Keramat. Insyallah jika tiada aral melintang, sampailah hamba ke sana untuk meraih bersame :)

Anyway to IKIN & ZUL, CONGRATULATION in advance! I wish both of you having a blast on your wedding day and happy ever after.


On their e-day

Seronok kan dengar ramai kawan-kawan nak kawin. Terasa macam nak kawin cepat jugak.. tapi apekan daya, terpaksa lah bersabar dulu. Sesungguhnya masa itu akan tiba wahai mira. Bersedialah!!! huhu.



Love wedding most!

E-Day Checklist

Saye sudah ade checklist. While im blogwalking , i found one blog that really helps to make my dreams come true. Terima kasih cik :) Saye sudah buat checklist di sudut blog ni untuk memudahkan kerje saye dan untuk tatapan kamu kamu semua.

Oh ya , i am actually looking for a gifts , doorgifts. Apa yer yang sesuai ? Anyone who read this got ideas? Pls help me pls. I want the cute , simple and convenience for tetamu.

Cupcakes . . . perhaps?

Kedai Emas.

Destinasi aku hari ini adalah Kajang. Kenapa Kajang? Sebab aku attend wedding kawan aku , Auji. Plan dengan Ayesha & Shamim lepas wedding teman aku pergi kedai emas untuk tengok-tengok jer. Lagi pun Ayesha ada pengalaman berkenaan dengan emas berbanding aku ni yang tau "Emas" jer tanpa tahu langsung pasal harga sekilo ker , segram ker , berapa kati ker. I don't know. Yang aku tau cantik dan worth to buy. Sepanjang penelitian aku la kan , harga lebih kurang sama jer . Bak kata Ayesha , Pandai bargain..memang berbaloi la.

So, tempat yang dituju ialah Hafiz Jewel dekat Sg. Reko. Ni kedai emas customer aku dulu so saje je la datang menengok-nengok mana tahu ada yang berkenan. Tapi malangnya , kedai dia tutup pulak . Maka hampa la aku setelah 2 minggu berturut-turut datang tapi tutup. Untuk menghilangkan kehampaan , aku ajak dorg pergi Metro Kajang , usha-usha kedai emas dalam tu. Ada la tiga kedai antaranya Hanif Jewel , Poh Kong & Kedai Emas cine punye (i can't remember the name..solly ahh). But the shops located in the same floor. First pergi la kedai Hanif Jewel , ada satu yang aku rasa memang cantik. Suke sangat la. Harga dalam 500+. Tapi dorg nasihat ambil jer yang ada batu sebab mengikut adat , orang-orang tua prefer yang ada batu..cewah , nak kahwin la ikut adat kan. hehe. Then aku pun beralih arah la ke batu-batuan. Aku suka yang simple dan tan nak batu yang menonjol sebab aku tak yakin aku boleh jaga dengan baik kalau pakai batu menonjol. Design batu ada satu yang awesome :) price rm499. Boleh kot dapat diskaun tapi aku tak nak la tanya time tu sebab dalam poket bukan cukup 499 pun ok. Ok check! Dah ada satu yang ok.

Untuk memuaskan hati lagi, aku jalan pulak dekat Poh Kong. Cincin emas dekat poh kong ni memang la tak dinafikan cantik. Aku memang tak ada masalah dengan cincin batu ke cincin emas ke cincin belah rotan Poh Kong ni. Yang aku tak puas hati , services yang diorang bagi. Ada la nyonya sorang ni , kalau tak silap aku nama dia start dari huruf C. Masa awal tu , kita tanya cincin layan bagai puteri dari kayangan. Lepas tu aku tengok-tengok la lagi yang lain . Dia tanya "Jadi ambil ka?" sambil terus keluarkan calculator. Aku kata la , tengok dulu tapi nak bawa orang lain untuk tengok dan bayar. Dia terus macam tak nak layan aku eh. Pastu hempas-hempas calculator dia. Hamboi-hamboi nyonya ni , ko ingat aku tak mampu ke nak beli? Punya la engkau berlagak macam kedai tu kau yang punya. Dah la tua, kurang ajar pulak tu. Haih terus kitorang pun bla la. Ikutkan hati nak jer sound nyonya tua tu. Korang-korang yang berdepan dengan keadaan begini dimana, dia kurang ajar macam kita tak mampu beli , aku nasihatkan korang ludah jer kat muka dia. Dan kepada yang nak beli cincin atau barang kemas dekat POH KONG Metro Kajang, sila lah ke POH KONG lain sebab aku rasa service dorang sangat teruk. Kalau masuk rating , aku rasa dah terkeluar senarai pun. F for FAIL ok.

Kedai ketiga, kedai chinese jugak. Lelaki yang attend ktorg adalah macam samseng sikit tapi tak kesah la kan, still nice . Tak macam poh kong, pakai smart la konon tapi perangai tak macam stail yang ditunjuk. Dekat kedai chinese tu ada la jugak design yang ala-ala sama dengan Poh kong tu dan harga jauh lebih rendah.

Kesimpulannya di sini , aku nasihat kan jangan la pergi kedai emas poh kong dekat metro kajang sebab sales staff dia sangat tidak respect customer. Walaupun aku tak tahu perangai yang lain , aku peduli apa kan. Bak pepatah berbahasa , Nila setitik rosak susu sebelanga. Thats it!

p/s: purpose cari cincin adalah untuk majlis pertunangan aku yang tak kunjung tiba.hehe. Belum confirm tapi saje mengada nak usha-usha.

Sekian Terima Kasih . ngeeeeeee

12122010

Yes! Its yesterday. I was attend my besfren wedding yesterday as one of her bridesmaid. Atiqah's was so simple but awesome! Im happy for you. Tema , GARDEN. Venue dekat Taman Metropolitan Batu.. Permulaan, pengantin dan bridesmaid berarak naik mini babe! Sangat best ok. There was about 6 minis bring us to the taman. Then , when arrived..start berjalan ke pelamin. Aku jalan dengan pair aku , macam pengantin ok! haha. Actually aku suka concept dia. All the way to pelamin , they stand brides photos as their past memories before get married. Ah so sweet. Ada satu part full of pictures! Then, friends can wrote a dedication or watever they want to atas papan hitam , tulis pakai chalk ok. Soo sekolah rendah. haha. Thankfully tak hujan . Cuaca panas - panas sikit tapi di datangkan dengan angin - angin yang sepoi - sepoi bahasa. Aku balik at 4pm. Sebab dah penat sangat and ada farah , yang terpaksa teman aku dari pagi sampai balik. Thank babe!

This is the beautiful dress version Alice in a wonderland made by kakak ijam :)







Musim Kahwin

Dah dekat akhir-akhir tahun ni kalau tak dapat jemputan kahwin memang tak sah. Harini saja ada tiga pasangan kawan aku yang kahwin. Tapi dapat pergi satu tempat jer sebab yang lagi dua jauh dan tak teringat. Sekarang baru teringat seh. Sorry yer Zana. I don't mean it. Anyway Selamat Pengantin Baru untuk my secondary scholmate, Zana and my matriculation mate, Fairuz Adnan. Sangat bahagia melihat kamu semua bahagia. Aku entah bila lagi. Asal pergi wedding orang, kawan-kawan lain mesti tanya soalan yang dah tak jadi cepuemas ni. Aku dengan selamba menjawab, "Lambat lagi" kerana yang pasti, segala-galanya masih tak pasti. Aku sibuk berhempas pulas kerja kerja dan kerja kerana working is my passion. Oh yes, call me a workaholic ! haha. Si jejaka pujaan ku pula, masih berkira-kira tabungannya kerana masih belum mampu cukup untuk menyunting bunganya ini :) Walaubagaimana pun aku mengerti dan aku pun turut membantu. InsyaAllah, soon or later u will received our invitation . Amin .

Fairuz's Reception
Sangat maroon ok. And your wife sangat chantek. Sesuai dan sepadan. Walaupun side perempuan dah berlangsung masa raya aidilfitri dulu, anda masih seperti pengantin yang baru beberapa hari saja kahwin. Sparkling both of you guys ! Terima kasih dan ampun maaf dari pihak Ijam yang tak dapat datang memeriahkan suasana. Sibukkk semua orang tanya Ijam. haha. Dia pergi attend wedding kawan dia (my friend as well) dekat Johor. We are actually makes an arrangement for today. To be fair, aku attend Fairuz's  and Ijam attend Fadhil's reception. Tapi both side ada buah tangan dari kami. Ikhlas tulus from bottom of our heart.
Anywany, selain dapat makan nasi minyak (yummy ! sangat lazat ok makan kat wedding ko. Macam nak tambah tapi mengenangkan keayuanku tak jadi la . haha) aku juga dapat ber-reunion dengan sahabat handai dari KMNS. Oh saya sangat suka ber-reunion. Sampai ada yang aku lupa nama . So Sorry J! Now i will remember you name.tehee. Tapi kali ni memang tak ramai yang datang. Mungkin sebab banyak sangat invitation so tak terlarat nak attend semua kot. Tak pe lah, yang penting wedding aku nanti aku nak semua orang datang. Yang tak datang penalty HADIAH ok! hehe.

Cheers up !

Bridesmaid

My old sake friend was invite me to be her bridesmaid during her wedding day on 12 Dec 2010! Wow! Baru tunang dah nak kawen eh.terkejut la jugak time dia bgtau nak kawen dah. Tapi nak buat cmne kan, dah jodoh :) So berbalik cerita bridesmaid, selain aku.. Dd and her another 2 besties has been choosen. Task given, pikiaq design apa nak pakai time wedding tu nanti dengan menggunakan lace, chiffon or even satin. Emm..penat jugak la aku pk macam aku pulak yang nak kawen kan. Google punya google, aku pun jumpa la dress yang tak over la kan. Her reception will be celebrate at Taman Metropolitan Batu ( i have no idea where is it actually) with Garden Wedding concept. So, that time i was thinking of dress la kan instead of kebaya.

Apa yang aku tau, dd will wearing wrap around maxi, her two besties short dress and empire dress respectively. Hoh! Takkan aku nak pakai kebaya kan..memang tak masuk tema la kan. huhu. So, the dress i have choosen is just nice. Dengan serta merta aku pun pergi la rumah ijam untuk berjumpa sifu (who else, kak lia la). Aku nak tanya berapa meter and jenis kain yang nak kena pakai untuk buat dress pujaan hatiku tu. I need 4 1/2 metre chiffon, 1 metre lace and 2 1/2 metre satin. Ok cool! Pasal kain, done! Lepas ni kena pikir nak buat dress plak. Nak tau macam mana dress yang aku nak pakai nanti? Macam ni..



Ahaks, over tak? Memang over la kan. Mine is not like this. Kita tunggu je nanti~

Cupcakes vs kek cawan

Oh rase dah lame tak makan cute cuppies buatan shalia from shaliatreats. Ingat lagi dulu zaman-zaman kegemilangan cuppies nih, ramai sangat yang order untuk mcm2 occasion & events. Aku pun tak ketinggalan jugak, so..for the 1st time aku order kat shalia.. kalau tak silap aku tahun Mac 2007/2008. Aku order design gunners for someone.. Start from that and after and after that aku suke kan cuppies sampai la cuppies meletop2 tahun 2009. Time tu aku da kurangkan cuppies sebab macam dah bosan sane sini org sebok cerita pasal cuppies.


the first GUNNERS i had ordered!
*picture courtesy to shaliastreats

So tetibe semalam aku macam teringin nak makan cuppies. Tgk2 kat website shalia, dia tengah tunggu utk deliver baby. Dgn itu, aku terpaksa tunggu shalia deliver, baru aku order. Kenapa aku order kat die je? Sebabbbbb...aku rase cupcakes die besh n cantik. Suke sangat! And you know what..aku dah berangan-angan nak buat cupcakes utk kek kawen nanti..hahahaha but cam dah oldies je kan. Ummm..akan di pikirkan kemudian. hehe.

I love cupcakes!

Toodles :)

Kak Lynda Kawen

Hari ni kak linda kawen @ Taman Daya, Kepong. She is my lovely officemate.. Dah jadi isteri orang pun..Congratulation!

Wishing you Selamat Pengantin Baru & Semoga Berbahagia hingga ke anak cucu ;)


**picture credit to Lynda Aziz's fb

Gadis-gadis lain ntah bile la plak kan. huhuhu.

Sekian :)

Munir's Wedding

Sangat kelakar bila mengenangkan zaman kecil-kecil dulu. Bermain batu seremban sama-sama, teng-teng dan kahwin-kahwin yang semestinya dekat kampung dulu. Sekarang semua sudah dewasa dan semestinya akan berumahtangga ;) Akhirnya impian seorang putera yang bernama Munir bin Mujir selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Iszanariah (kak Nana). Semalam memang kelakar sangat bila tgk my cousin get married. Dah la badan munir kecik, tak macam dia yang kahwin. Overall, semuanya berjalan dengan lancar. Kita tunggu reception kat Johor Bahru plak nanti on 21st December 2008. And heres the pictures..plus pictures was taken in the Novo Park Hotel :) Yeah, i'm camwhore..haha.


**cousins**




*munir kena makeup - last minute punye makeup ;)*



----------------------------------------
Myra the camwhore chapter :)









the end

Myra Zailani

My photo
i hate to be hatters. i love to be a lover. i am insane. i love cupcakes.

Find me here:

      Popular Posts

      Followers

      Mari Mengira

      Freshment..

      E-Day Checklist



      1 . Engagement Date
      2 . Place
      3 . Catering + Menu
      4 . Canopi + kerusi + meja
      5 . Hantaran
      i . Chocolate
      ii . Pulut kuning
      iii . Puding
      iv . Sireh Junjung
      v . Fruits
      vi . Novelty Cake
      vii . Cookies [Famous Amos?]

      6 . Mini Pelamin
      7 . Make up
      8 . Ring
      9 . Photographer
      10 . Gifts
      11 . Dekorasi
      12 . Fresh Flower
      13 . Dulang hantaran
      14 . Bowl for chocolate
      15 . Baju Tunang

      Mortgage Calculator