Good day bloggers and readers :)
Masuk hari ni, dah 20 hari aku bertukar status kepada isteri orang. Tanggungjawab pun dah berubah dari single kepada double. Kalau dulu time makan tak ikut time, sekarang dah tersusun sikit. Kalau dulu iron baju keje bila pagi2 nak pergi keje..time tu kelam kabut cari baju ape nak pakai, skrg mlm2 dah kena iron sebab nak iron utk hubby terchenta. Dulu malas tahap gaban, skrg rajin sikit-sikit..hehe.
Oh ye, dan masuk hari ni dah 6 hari aku kena chicken pox! Adoi tuhan saje yang tau betapa gatalnye badan ni. Naik teruk dekat badan. Dah la bertandang bulan 3 ni pergi bertandang dekat muadzam shah, mintak2 la disembuhkan cepat dan dielakkan berjangkit dekat hubby. Dia tak pernah lagi kena tu.. Ya Allah, minta disimpang la. Bosan sangat duduk seminggu dekat rumah. Phone tak benti2 ringing sebab client nak tanya status loan..penat den nak explain.. Kena la bersabar, ni kira dugaan lepas kahwin.
Anyway, dugaan masa nak kawen lagi la aku naik nyampah. Nyampahnya dekat vendor aku yg satu ni okeh. Si butik Davency terletak di Jalan Ipoh. NOT RECOMMENDED AT ALL! Sehari sebelum date aku baru nak layan aku untuk alter baju, pilih accesories etc. Dah last2, accesories dah banyak takde..tak cantik langsung! Sebelum ni datang dah lebih lima kali, asyik2 baju banyak keluar. Last2 aku datang sehari sebelum aku kawen same jer.. Tak nampak pun baju2 yang dikatakan keluar tu. Ktorg datang pukul 6pm, tunggu la sampai pukul 7pm baru nak layan. Anyway aku memang tak berkenan langsung dengan one of the worker..cara cakap mcm kedai tu dia yang punya. Aku siap nangis ok dekat butik tu sebab layanan dorg. Sempat gak sound, tapi lepas tu hubby suh cool down sebab takut nnti lambat plak balik.. Allah saje yang tau betapa panasnye aku. Lepas tu alat merenjis last2 minit time majlis aku dah berlangsung baru nak hantar ye. Mmg "good job" sgt la tu. Dari segi bajet actually same je macam butik lain. Pelamin pun, YA ALLAH, sangat dissapointed. Aku rasa maluuuuuuu sangat nak naik atas pelamin tu. So, u shud find others but not them.
Aku bukan nak menuduh sebarangan sebab the same things happen to my old sake friend. She told me mase attend wedding aku. Lagi la dia kata tak ada langsung alat merenjis. Aku sure korang faham macam mana perasaan pengantin masa tu. Make a GREAT CHOICE wahai bakal-bakal pengantin!
Other vendor, AWESOME!
Catering - Ekhwan Catering.. dah dua kali pakai khidmat dorg sebab their foods mmg thumbs up :)
Doorgifts - Garden of Galleria by Kak Nisa.
Pre Wedding - Photo by Lokman Photography. Makeup by Mahligai Jazeyah.
Guest book Corner - by Mahligai Jazeyah.
Guestbook - by my friend Sheeda.
Tapak hantaran - by Mahigai Jazeyah & my friend Lyza Jaafar.
Beautifully made Wedding Cake - by Ninie Cakes House. Kek sedaps & design mmg i loikeeee sgt :)
Henna & inai - by Mahligai Jazeyah.
Videography by CST Production! They done a very very good job! Thumbs up!
Okay, itu je kot..
Thanks :)
I am Married!
Labels: Wedding
6 months to go
August dah dkt nk penghujung. Raya dah nak dekat so aku kira-kira september adalah bulan bersenang-lenang, bukan kerja tp utk wedding preparation ( wlaupun sbnarnye skrg mmg tgh bersenang-lenang :)). Sebabnya, september busy merayakan diri sementara tgh single ni.
Actually aku baru lepas call en tunang & mention about the date yang tggl hanya lagi 6 bulan! Omg! Kenapa aku rs mcm cepat je ms berlalu ni. Takot..cuak..suke..sedih..semua ada. Kenape tah aku pun tak tau. Emm..dah la belum decide catering lagi..huahuahua cuak plak kan. Takot ttbe semua fully booked. Haih mintak la simpang, dgn harapan catering pilihan masih available utk date aku nanti.
Ok ok cool kejap. Jgn fikir sgt psl kawin. Kite cite pasal bulan puasa. Harini aku dpt membuat dadih..hasil tgn sendiri yer :) syabas mira! Walaupun menggunakan instant dadih. Ahaks. Senang & mudah ok. Selain dr tu, mama suruh buat kuih raya. Klau blh tak pyh beli sbb selalu mst tak abes mkn. So, buat yang cukup2 makan ajer. Tahun ni nak buat semperit, chocolate chips & cornflakes. Tu je yang aku reti & biasa buat klau time2 nak raya. Kuih lain belum terer :)
Psss..pic dadih tak dpt di upload sbb saye mls nak snap pic. Hehe.
Ramadhan Kareem!
Jom doa: sahaja aku puasa esok hari di bulan Ramadhan Ke atas diriku kerana Allah Taala. Amin :)
Labels: Preparation , Ramadhan
Wedding Preparation - Booking
Wedding oh wedding...again. Dah lama tak update entry pasal preparation untuk kahwin ni. Konon-konon busy la kan..tapi memang busy, dengan kerja sahaja. Dengan harapan kerja banyak, rezeki pun melimpah-ruah. InsyaAllah :) Ok, dalam beberapa minggu yang lepas, awal bulan kalau tak silap aku. Kitorang singgah ke Urban Vibe Event - Pameran Pengantin dekat PICC. Sanggup ok dari selayang ke putrajaya, semata-mata nak dapatkan worth package. Thanks Allah for brought we there. At least we've booked three vendors for the becoming beautiful weeding. cewah!
Kami sudah booking Butik - of course untuk attire & accessories for groom and bride. Butik mana? Akan diberitahu kelak sebab aku nak tau service dorg macam mana dulu. Kalau memuaskan hati, i will recommend it. If not, kutukan bertubi-tubi la jawabnya. Huhu. Deposit sebanyak RM300. Appoinment untuk design baju nikah dan lain-lain hari ahad ni.
Kami juga sudah booking Kad Kahwin - tempatnya nun jauh di Puchong. Takpe la, puchong pun puchong. Janji berbaloi-baloi. Actually, i am not looking for the mahal-mahal one sebab my fiancee and i were thinking that the cards will end up into the tong sampah atau ke mana jua tempat yang sepastinya tidak akan disimpan ke dalam peti khas. Haha. Harga kad tak mahal, just nice with the budget yang sangat terhad. Deposit sebanyak RM50 telah dilunaskan. Appoinment belum lagi sebab tak ada masa yang sesuai lagi untuk ke Puchong, atau lebih tepat lagi masih awal (awal tak awal la kan).
Kami booking juga Videograher - siapakah gerangan agensinya? Sangat lah terkenal dengan video nya yang hottest! Antara agensi yang menjadi pisang panas terutamanya untuk artis-artis. Cewah, aku pun nak jadi artis ker? Hahaha. No no no, aku pilih dorang sebab satu , my schoolmate is working there! ah cool! :) Dua , harga promotion yang memang aku rasa tak akan ada lagi. So dengan hanya berfikir sebanyak 2 kali, aku terus bayar deposit sebanyak RM300. Booked! Tapi aku hanya dapat booking untuk nikah . . time reception dah fully booked. Frust sangat ok. Tapi apakan daya, mereka kata nikah la saat yang paling penting. Jadi aku pun terima la dengan seadanya.
Tu je la yang ktorang dah booked. Seawal pagi kitorang datang dan selewat malam baru pulang. Penat tau pusing-pusing semata-mata nak cari yang berbaloi-baloi and fits with the budget.
Alhamdulliah, semuanya berjalan dengan lancar. Banyak lagi yang belum booking ni. Rasa macam kesuntukan masa, tapi be cool and steady, hopefully everthing will be fine :)
Terima kasih.
Labels: Preparation , Wedding
Wedding Preparation - Date
Wedding oh wedding. Lepas cerita pasal invitation orang lain, baru lah teringat nak update pasal preparation aku yang berjalan hanya separuh jalan sebab terlalu sibuk dengan kerja kerja dan kerja. Sampai nak discuss dengan si tunang pun tak ada masa. Dia sibuk dengan kerjaya dia, aku pun begitu juga. Ok mari kita mengupdatekan cerita kahwin ni...
Tarikh untuk berlansung telah pun ditetapkan tapi belum mendapat persetujuan belah lelaki disebabkan si tunang tak ada masa nak berdiskusi dengan parentsnya. Orang duduk jauh dari family la katakan. Aku dah siap discuss dengan parents aku pasal date tu, and they are totally agreed. How's your side encik tunang? Silalah update saya dengan segera.
Perkara yang paling penting belum dapat kata putus, so sesi booking membooking masih belum boleh dijalankan. Nanti tetibe tak jadi tarikh tu, rugi la booking aku nanti. So terpaksa la bersabar walaupun sebenarnya dah banyak benda yang aku dah search. Everything is still in the pending book. Duh~
Semoga bersambung lagi.
psss : sementara rasa nak prepare ni, buatlah tag terima kasih dulu. tak payah susah-susah nak tempah nanti. tukang cutting dah ada..aku tinggal design and print aje. Bajet kan.. So, marilah kita...
Labels: Preparation , Wedding
Wedding Invitation - Ikin & Zul
Hello peeps!
Musim kahwin nak datang lagi. Sudah masanya aku menyusun schedule untuk menghadirkan diri ke rumah-rumah bakal suami isteri. Cewah macam perdana menteri la pulak kan. Tak kesah la kan, tapi aku memang dapat banyak invitation dari sahabat handai. The latest invitation card are from Ikin & Zul. I both cards today ok. Both wedding will be held in June at Taman Botani Putrajaya and AU2 Keramat. Insyallah jika tiada aral melintang, sampailah hamba ke sana untuk meraih bersame :)
Anyway to IKIN & ZUL, CONGRATULATION in advance! I wish both of you having a blast on your wedding day and happy ever after.
![]() |
| On their e-day |
Seronok kan dengar ramai kawan-kawan nak kawin. Terasa macam nak kawin cepat jugak.. tapi apekan daya, terpaksa lah bersabar dulu. Sesungguhnya masa itu akan tiba wahai mira. Bersedialah!!! huhu.
Love wedding most!
Labels: Invitation , Wedding
Home Cooking Blog
My Home Cooking Blog !
Aku suka style dia , memang menarik. Jom kawan-kawan kita bertandang kat dapur plak. Emm anyway , my hubby requesting a chocolate chips. Tapi aku ni agak malas sedikit nak baking di kala hujan turun bak salji ni. Sejuk jer , sepertinya mahu tidur aje. hehe.
Labels: Baking
The ending of April 2011
April 2011 will closed and there are May 2011, already knock the world. April 2011 tak berjalan dengan lancar especially on my work side.
Work? I can't achieve the target at all and its make my records to be promoted to permanent sangat lah tipis. Huh! Aku belum pernah merasa permanent, so salah ke aku nak kerja siang malam to make it reality. My time is mine, don't bother it! Very dissapointed.
Car? I don't think i will get it by this month eventho the loan has been approve. Why is it? Its all because of the Plat number. Have to buy the number, but unfortunately the number was taken by other people. Damn damn and damn. Very dissapointed.
Family and friends? I have to make my family on the top of my list. Munirah is getting engage this end of april ok. And i knew she is the most most most important person who really helps me at the time we were moved out from cochrane and also on my engagement day. Dia adalah satu-satunya cousin yang sanggup datang tengah-tengah malam untuk tolong kemas rumah yang bersepah-sepah sebab baru pindah dan di kala aku sedang tersangat busy buat preparation. And this is the time i have to-balas-budi. U've got it COUSIN!
Money? This is the time for COLLECTION!!! The date have been decided. Yes, semua orang kata lelaki yang kena kumpul duit. Tapi aku nak kumpul jugak, aku punya pasal la.. huh.
Entertainment? It is very very limited for now.
xoxo lah.
Labels: Craps
Officially Engaged!
Hello hello hello ,
My current mode is happy obviously ! :) Because i am officially engaged to Ijam Besto. Tapi baru tunang kan , tak boleh excited terlebih. hehe. Anyway and anyhow , the majlis berjalan dengan lancar dan cuaca agak menggembirakan . Hanya selepas rombongan pulang baru lah hujan turun selebat-lebatnya . Alhamdulillah :) Tunang sudah , kahwin pula kena pikirkan. Walaupun jauh lagi perjalanan kahwin ni , tapi still kena fikirkan sebab kalau last minit takut tak dapat nak cope semua benda. Ikat setahun hidup . His mom actually want us to make it this coming December , but i can't make it happen cuz i have to beri laluan kepada adindaku untuk berlangsung dulu. Kang langkah bendul susah plak kan , kena bagi cincin emas kang. hehe. But that's not a problem , the problem is me . Macam too soon la . Aku prefer next year , at least by the time we already collect our own money to survive :) Sekarang ni tengah terkedek-kedek lagi kumpul sebab masing-masing kan baru tukar kerja. So we need time to adapt the environment and MONEY! haha.
Ok ok, time to kerja . Till next time :)
Cheers!
Labels: Craps , Engagement , Future
Pengiraan yg tak final :)
Ok.. Mari kita buat kira-kira balik. Dah kurang sikit badget dari sebelum ni tapi still belum dapat masukkan benda yang klise.
1. Khemah - akak tlg byr rm250
2. Catering - rm8 x 200 : rm1,600
3. Baju tunang - rm85 (or cari kat bandung je)
4. Tudung - rm10
5. Veil & cekak spider - rm50
6. Hantaran (aksesori) - rm200
7. Mini - rm600
8. Photographer - rm200
9. Barang hantaran - rm500
So total utk semua yang penting : rm3,245/=. Okla kan sebab yang ni dah byk yg cover compare dgn yg calculation lama tu.hehe. Ok bereh. Nanti kalau rasa tak perlu tu aku akan kurangkan badgetnyer.. :)
Pss: Mama n ayah akan pulang ke kampung 27 ni utk ambil apa2 yang patut. Insyallah jadi :)
Labels: Engagement
Rumah oh rumah
The day is just around the corner but theres one thing make me nervous. Not nervous actually , mad ok! Rumah untuk majlis tak siap lagi wey! Argh damn laa..dah almost 4 months tapi tak siap-siap. Janji dulu akhir bulan satu, tapi ni dah nak masuk bulan tiga! Rumah bukan la sebesar istana , setakat extend dapur n renovate sikit-sikit jer. Itu pun tak jalan juga. So, moral of the story , JANGAN AMBIL SEDARA MARA utk buat projek buat rumah kita. Tak tau la sedara mara korg cne kn, tapi yang part aku ni memang menyakitkan hati weh! Sila hari bulan, majlis aku tunda lagi. Haih tak boleh pakai betul! Hari-hari gi tgk pun naik menyampah. Hopefully (siap aku berharap haa), siap akhir bulan, as what he promised to me. Arghh!
Labels: Engagement , House
Bajet Bertunang
Aku rasa macam banyak lagi duit yang aku kena kumpul untuk majlis tunang ni nanti. Terasa bajet yang aku kumpul sekarang ni still tak cukup. Aku kalau boleh tak nak la pakai duit parents aku, kalau boleh biar la max RM300 jer dan lagi kalau boleh tak pakai langsung sebab aku tahu dorang tengah pening kepala memikirkan masalah renovation rumah yang tersangat la lembab dan terpaksa keluarkan duit yang banyak. Kesian parents aku.
So sekarang aku nak buat kire-kire . . biar dapat membantu sket perbelanjaan aku nanti.
Baju & Tudung
Aku jalan-jalan Kompleks PKNS Shah Alam tadi. Tujuan datang Shah Alam sebab nak pergi Pameran Pengantin kat SACC. Tujuan kedua untuk survey baju tunang. Aku bukan tak nak sewa baju , tapi aku ada tanya satu dua tempat , sewanya mak aih . . kalah harga baju ok. Aku ada jumpa baju yang agak cantik dekat tingkat 2 kompleks PKNS. Harga boleh runding. Tapi aku letak harga sebelum runding sebab aku belum beli lagi , baru survey ok.
RM299
Untuk tudung pulak , aku belum jumpa yang sesuai. So aku bajet dalam 100 and below. Cukup ke tah cukup tah.
RM100
Catering
Mama kate nak pakai catering kawan mama. Kitorg memang akan tempah catering dekat makcik tu kalau ada majlis makan-makan. Boleh tahan sedap jugak la tapi aku tak tau la berapa dia charge satu kepala. So aku bajet lebih sikit , kemungkinan besar dia akan charge rm12.00 untuk satu kepala. Aku agak je ok. Boleh jadi lagi murah tapi biar la bajet terlebih , jangan terkurang kan . Anggaran tetamu yang datang , sedara-mara aku jer 40 orang. Sedara-mara pihak lelaki ada la 11 kereta. So aku kira 80 orang..ramai tak? haha. Kawan-kawan aku dan lain-lain , ade la 200 orang. Anggaran ok. So rm12 x 20 =
RM2400
Hantaran (dulang & aksesori)
Aku nak kena beli dulang untuk hantaran sebab mane ade dekat rumah. Aku ingat nak sewa jer tapi pikir-pikir balik lebih baik beli. Sebab aku survey dulang dekat Kompleks PKNS tadi harga dalam rm21. Agak-agak kalau sewa mesti lagi mahal tak? Aku kena beli dalam tujuh dulang. Aku bajet satu dulang rm25 je la eh. Tak mampu aku nak cari yang mahal-mahal. So setelah dikire , jumlahnya adalah seperti berikut;
RM175
Ok tu untuk dulang. Dulang tu kena jugak berhias dengan bunga-bungaan kan. Masa Liza tunang haritu , dia beli mase chinese new year so agak mahal. Harga untuk sejambak ada la dalam rm30-40 jugak. Mahal wey. So aku plan cni jer , aku nak pakai fresh flower jugak tapi minimize. Selebihnya aku nak buat mini bantal, dengan bantuan tangan sepasang ni , aku akan jahit je la. Beli kain satin jer semeter dalam rm2.80. Aku mix color.
RM300
* Rasa macam lebih baik tempah hantaran jer sebab macam dah terlebih bajet. hmmmm..
Mini Pelamin
Aku ingat nak tempah mini pelamin yang tersangatlah simple dari Zaifie Zainal. Aku ada appoinment dengan kak zaifie hari selasa ni so aku baru nak tanya berapa bajet yang diperluakan untuk pelamin sahaja. Aku tak nak ambil pakej tunang (make up , baju tunang , mini pelamin , flower bouquet) sebab aku nak make up sendiri dan baju aku nak cari lain. Tapi segalanya dalam pertimbangan sebab nak kena tengok price dulu. Oleh yang demikian , aku KIV dulu mini pelamin ni. Ikutkan nak beli bantal off white besar dan dua vase glass letak bunga jer lepas tu aku hias-hias ala kadar jer. Senang kan. Ok, itu akan terjadi kalau price mini pelamin yang dia letak tak mencapai kewangan aku :)
KIV
Make Up
Oleh sebab aku nak make up yang terlalu natural , so aku bercadang untuk make up sendiri jer. Bertunang jer pun kan , takkan nak beria sangat. So aku menggunakan segala kepakaran aku untuk me-make up diri sendiri. Semoga ia berjalan lancar , Amin.
FREE
Door Gifts
Ni pun penting jugak walaupun hanyalah bertunang. Ni salah satu cara aku appreciate tetamu yang sudi bertandang tengok muka dan makan dekat rumah aku. Mudah-mudah dengan kedatangan mereka , rezeki family aku akan bertambah-tambah. So aku dengan akak pun ada survey untuk door gifts ni dekat internet. Aku jumpa gifts boxes jer , barang dalam dia aku tak ada idea lagi nak letak apa. Foods? Chocolate kah? Biskut kah? Kena survey lagi. Door gifts kali ni akak dengan senang hati nak sponsor , Alhamdulillah . . kurang sket beban.
FREE
Photographer
Hasil survey dengan kawan-kawan , aku dapat harga dalam rm500 untuk story book dan cd (if im not mistaken). Memang agak murah kalau nak dibandingkan dengan photographer luar yang lain. Tapi memikirkan banyak lagi keperluan penting lain , aku memutuskan untuk tidak meng-hire kawan aku. Sorry dude! Mungkin kahwin nanti , InsyaAllah. So aku mintak tolong abang-angkat-sewaktu-kecil untuk snapkan gambar. Aku tak pasti berapa yang dia charge tapi kalau tak silap la kan haritu dia kata rm300 ke rm200 eh? Lupe pulak.
RM300
Setelah di TOTAL adalah bersamaan dengan , RM3,574. Mak aih.. banyak juga la. Kena kerja keras untuk tempoh kurang lagi sebulan ni nampaknya. Ok frankly , aku memang independent dalam hal ni sebab aku tak nak menyusahkan orang. Orang yang akan aku susahkan untuk waktu terdekat ni adalah kakak aku dan fiance-to-be la of course.
Bagi kawan-kawan yang rasa nak sposor , amatlah digalakkan. hehe. Kalau ada comment dan cadangan pun , you are welcome :)
Semoga perancangan ini dipermudahkan lagi olehMu , Ya Allah . Amin
E-Day Checklist
Saye sudah ade checklist. While im blogwalking , i found one blog that really helps to make my dreams come true. Terima kasih cik :) Saye sudah buat checklist di sudut blog ni untuk memudahkan kerje saye dan untuk tatapan kamu kamu semua.
Oh ya , i am actually looking for a gifts , doorgifts. Apa yer yang sesuai ? Anyone who read this got ideas? Pls help me pls. I want the cute , simple and convenience for tetamu.
Cupcakes . . . perhaps?
Labels: Engagement , Wedding
iPhone 4
Iphone 4? Omg! Omg! I want it..i want it. haha. Aku tahu dah macam terlambat jer kalau aku nak konon-konon jadi updated pasal iphone 4. Ade aku kesah ? huhu. Yang penting aku nak dapatkan juga before end of this month , or else , bulan depan pun ok . hehe . Yelah , aku bukan anak orang kaya raya pakai duit mak bapak beli handphone , aku beli pakai duit titik peluh aku sendiri sebab tu lambat nak beli . Aku ni ada komitmen lain untuk dibayar terutamanya ptptn tu , kang tak bayar ..tak baik pulak . Kan dah pinjam duit 'orang' , kena la bayar balik kan.
Kenapa aku nak tukar iphone 4 ? :)
- Aku suka main game terutamanya waktu kerja yang kadang-kadang sangat memerlukan entertainment , jadi iphone 4 sangat membantu menghilangkan kebuntuan aku .
- Aku boleh mendownload game sesuka suki hati aku. Wow! suka ok.
- Business phone aku , w850i sudah menjadi gila. Kejap-kejap mati , tengah cakap dengan customer mesti mati. Haih , bengang seh .
- E71 yang menjadi kegilaan aku waktu ketika dulu sudah sedikit bengong . Music & Image dah tak blh view eh . Macam dah masuk virus jer aku rasa . So kena la bertukar!
- Aku rasa pakai iphone 4 ni adalah hebat! haha.
mari kita terjah apa yang bestnya iphone ni sampai digilai oleh siti amirah ?
- Bentuk yang smart.
- Apple yang dah ada 3g.
* i was thinking to get blackberry also . haish mira , so greedy!
Labels: iphone , Loves , Shop-pings
Aku harap 2011 ni...
Dah lepas dah tahun 2010 dan segala kenangan suka dan duka sudah aku tutup walaupun ada yang masih tergantung. Begitu lah hidup, nak yang baik kena teruskan .. nak yang kurang baik .. ikut korang lah kan. Berikut merupakan perkara yang aku takkan lupakan untuk tahun 2010 ,
...eh banyak lagi sebenarnya tapi oleh sebab semua kenangan tu aku ada post dalam blog ni , so aku malas la nak review balik. Malas seh nak recall..hehe
Ok sekarang AZAM untuk tahun baru 2011 pulak.
Selain dari tu, aku merasakan yang Paris dan Seoul Korea juga suatu tempat yang menarik untuk dilawati. Kalau tak dapat tahun ni, tahun seterusnya pun ok jugak. Kita hanya mampu merancang, Allah will decide everything.
Emm tu je kot azam aku. Mungkin tak sebanyak dan tak segempak orang lain. Itu aku punya, orang lain punya mesti la lain kan. Kalau sama namanya tak original la. Copy paste orang lain punya..Jom buka diary 2011 dengan happiness dan penuh semangat. Cammon!
Labels: Azam Baru

