Ok.. Mari kita buat kira-kira balik. Dah kurang sikit badget dari sebelum ni tapi still belum dapat masukkan benda yang klise.
1. Khemah - akak tlg byr rm250
2. Catering - rm8 x 200 : rm1,600
3. Baju tunang - rm85 (or cari kat bandung je)
4. Tudung - rm10
5. Veil & cekak spider - rm50
6. Hantaran (aksesori) - rm200
7. Mini - rm600
8. Photographer - rm200
9. Barang hantaran - rm500
So total utk semua yang penting : rm3,245/=. Okla kan sebab yang ni dah byk yg cover compare dgn yg calculation lama tu.hehe. Ok bereh. Nanti kalau rasa tak perlu tu aku akan kurangkan badgetnyer.. :)
Pss: Mama n ayah akan pulang ke kampung 27 ni utk ambil apa2 yang patut. Insyallah jadi :)
Pengiraan yg tak final :)
Labels: Engagement
Rumah oh rumah
The day is just around the corner but theres one thing make me nervous. Not nervous actually , mad ok! Rumah untuk majlis tak siap lagi wey! Argh damn laa..dah almost 4 months tapi tak siap-siap. Janji dulu akhir bulan satu, tapi ni dah nak masuk bulan tiga! Rumah bukan la sebesar istana , setakat extend dapur n renovate sikit-sikit jer. Itu pun tak jalan juga. So, moral of the story , JANGAN AMBIL SEDARA MARA utk buat projek buat rumah kita. Tak tau la sedara mara korg cne kn, tapi yang part aku ni memang menyakitkan hati weh! Sila hari bulan, majlis aku tunda lagi. Haih tak boleh pakai betul! Hari-hari gi tgk pun naik menyampah. Hopefully (siap aku berharap haa), siap akhir bulan, as what he promised to me. Arghh!
Labels: Engagement , House
Bajet Bertunang
Aku rasa macam banyak lagi duit yang aku kena kumpul untuk majlis tunang ni nanti. Terasa bajet yang aku kumpul sekarang ni still tak cukup. Aku kalau boleh tak nak la pakai duit parents aku, kalau boleh biar la max RM300 jer dan lagi kalau boleh tak pakai langsung sebab aku tahu dorang tengah pening kepala memikirkan masalah renovation rumah yang tersangat la lembab dan terpaksa keluarkan duit yang banyak. Kesian parents aku.
So sekarang aku nak buat kire-kire . . biar dapat membantu sket perbelanjaan aku nanti.
Baju & Tudung
Aku jalan-jalan Kompleks PKNS Shah Alam tadi. Tujuan datang Shah Alam sebab nak pergi Pameran Pengantin kat SACC. Tujuan kedua untuk survey baju tunang. Aku bukan tak nak sewa baju , tapi aku ada tanya satu dua tempat , sewanya mak aih . . kalah harga baju ok. Aku ada jumpa baju yang agak cantik dekat tingkat 2 kompleks PKNS. Harga boleh runding. Tapi aku letak harga sebelum runding sebab aku belum beli lagi , baru survey ok.
RM299
Untuk tudung pulak , aku belum jumpa yang sesuai. So aku bajet dalam 100 and below. Cukup ke tah cukup tah.
RM100
Catering
Mama kate nak pakai catering kawan mama. Kitorg memang akan tempah catering dekat makcik tu kalau ada majlis makan-makan. Boleh tahan sedap jugak la tapi aku tak tau la berapa dia charge satu kepala. So aku bajet lebih sikit , kemungkinan besar dia akan charge rm12.00 untuk satu kepala. Aku agak je ok. Boleh jadi lagi murah tapi biar la bajet terlebih , jangan terkurang kan . Anggaran tetamu yang datang , sedara-mara aku jer 40 orang. Sedara-mara pihak lelaki ada la 11 kereta. So aku kira 80 orang..ramai tak? haha. Kawan-kawan aku dan lain-lain , ade la 200 orang. Anggaran ok. So rm12 x 20 =
RM2400
Hantaran (dulang & aksesori)
Aku nak kena beli dulang untuk hantaran sebab mane ade dekat rumah. Aku ingat nak sewa jer tapi pikir-pikir balik lebih baik beli. Sebab aku survey dulang dekat Kompleks PKNS tadi harga dalam rm21. Agak-agak kalau sewa mesti lagi mahal tak? Aku kena beli dalam tujuh dulang. Aku bajet satu dulang rm25 je la eh. Tak mampu aku nak cari yang mahal-mahal. So setelah dikire , jumlahnya adalah seperti berikut;
RM175
Ok tu untuk dulang. Dulang tu kena jugak berhias dengan bunga-bungaan kan. Masa Liza tunang haritu , dia beli mase chinese new year so agak mahal. Harga untuk sejambak ada la dalam rm30-40 jugak. Mahal wey. So aku plan cni jer , aku nak pakai fresh flower jugak tapi minimize. Selebihnya aku nak buat mini bantal, dengan bantuan tangan sepasang ni , aku akan jahit je la. Beli kain satin jer semeter dalam rm2.80. Aku mix color.
RM300
* Rasa macam lebih baik tempah hantaran jer sebab macam dah terlebih bajet. hmmmm..
Mini Pelamin
Aku ingat nak tempah mini pelamin yang tersangatlah simple dari Zaifie Zainal. Aku ada appoinment dengan kak zaifie hari selasa ni so aku baru nak tanya berapa bajet yang diperluakan untuk pelamin sahaja. Aku tak nak ambil pakej tunang (make up , baju tunang , mini pelamin , flower bouquet) sebab aku nak make up sendiri dan baju aku nak cari lain. Tapi segalanya dalam pertimbangan sebab nak kena tengok price dulu. Oleh yang demikian , aku KIV dulu mini pelamin ni. Ikutkan nak beli bantal off white besar dan dua vase glass letak bunga jer lepas tu aku hias-hias ala kadar jer. Senang kan. Ok, itu akan terjadi kalau price mini pelamin yang dia letak tak mencapai kewangan aku :)
KIV
Make Up
Oleh sebab aku nak make up yang terlalu natural , so aku bercadang untuk make up sendiri jer. Bertunang jer pun kan , takkan nak beria sangat. So aku menggunakan segala kepakaran aku untuk me-make up diri sendiri. Semoga ia berjalan lancar , Amin.
FREE
Door Gifts
Ni pun penting jugak walaupun hanyalah bertunang. Ni salah satu cara aku appreciate tetamu yang sudi bertandang tengok muka dan makan dekat rumah aku. Mudah-mudah dengan kedatangan mereka , rezeki family aku akan bertambah-tambah. So aku dengan akak pun ada survey untuk door gifts ni dekat internet. Aku jumpa gifts boxes jer , barang dalam dia aku tak ada idea lagi nak letak apa. Foods? Chocolate kah? Biskut kah? Kena survey lagi. Door gifts kali ni akak dengan senang hati nak sponsor , Alhamdulillah . . kurang sket beban.
FREE
Photographer
Hasil survey dengan kawan-kawan , aku dapat harga dalam rm500 untuk story book dan cd (if im not mistaken). Memang agak murah kalau nak dibandingkan dengan photographer luar yang lain. Tapi memikirkan banyak lagi keperluan penting lain , aku memutuskan untuk tidak meng-hire kawan aku. Sorry dude! Mungkin kahwin nanti , InsyaAllah. So aku mintak tolong abang-angkat-sewaktu-kecil untuk snapkan gambar. Aku tak pasti berapa yang dia charge tapi kalau tak silap la kan haritu dia kata rm300 ke rm200 eh? Lupe pulak.
RM300
Setelah di TOTAL adalah bersamaan dengan , RM3,574. Mak aih.. banyak juga la. Kena kerja keras untuk tempoh kurang lagi sebulan ni nampaknya. Ok frankly , aku memang independent dalam hal ni sebab aku tak nak menyusahkan orang. Orang yang akan aku susahkan untuk waktu terdekat ni adalah kakak aku dan fiance-to-be la of course.
Bagi kawan-kawan yang rasa nak sposor , amatlah digalakkan. hehe. Kalau ada comment dan cadangan pun , you are welcome :)
Semoga perancangan ini dipermudahkan lagi olehMu , Ya Allah . Amin
E-Day Checklist
Saye sudah ade checklist. While im blogwalking , i found one blog that really helps to make my dreams come true. Terima kasih cik :) Saye sudah buat checklist di sudut blog ni untuk memudahkan kerje saye dan untuk tatapan kamu kamu semua.
Oh ya , i am actually looking for a gifts , doorgifts. Apa yer yang sesuai ? Anyone who read this got ideas? Pls help me pls. I want the cute , simple and convenience for tetamu.
Cupcakes . . . perhaps?
Labels: Engagement , Wedding
iPhone 4
Iphone 4? Omg! Omg! I want it..i want it. haha. Aku tahu dah macam terlambat jer kalau aku nak konon-konon jadi updated pasal iphone 4. Ade aku kesah ? huhu. Yang penting aku nak dapatkan juga before end of this month , or else , bulan depan pun ok . hehe . Yelah , aku bukan anak orang kaya raya pakai duit mak bapak beli handphone , aku beli pakai duit titik peluh aku sendiri sebab tu lambat nak beli . Aku ni ada komitmen lain untuk dibayar terutamanya ptptn tu , kang tak bayar ..tak baik pulak . Kan dah pinjam duit 'orang' , kena la bayar balik kan.
Kenapa aku nak tukar iphone 4 ? :)
- Aku suka main game terutamanya waktu kerja yang kadang-kadang sangat memerlukan entertainment , jadi iphone 4 sangat membantu menghilangkan kebuntuan aku .
- Aku boleh mendownload game sesuka suki hati aku. Wow! suka ok.
- Business phone aku , w850i sudah menjadi gila. Kejap-kejap mati , tengah cakap dengan customer mesti mati. Haih , bengang seh .
- E71 yang menjadi kegilaan aku waktu ketika dulu sudah sedikit bengong . Music & Image dah tak blh view eh . Macam dah masuk virus jer aku rasa . So kena la bertukar!
- Aku rasa pakai iphone 4 ni adalah hebat! haha.
mari kita terjah apa yang bestnya iphone ni sampai digilai oleh siti amirah ?
- Bentuk yang smart.
- Apple yang dah ada 3g.
* i was thinking to get blackberry also . haish mira , so greedy!
Labels: iphone , Loves , Shop-pings
Aku harap 2011 ni...
Dah lepas dah tahun 2010 dan segala kenangan suka dan duka sudah aku tutup walaupun ada yang masih tergantung. Begitu lah hidup, nak yang baik kena teruskan .. nak yang kurang baik .. ikut korang lah kan. Berikut merupakan perkara yang aku takkan lupakan untuk tahun 2010 ,
...eh banyak lagi sebenarnya tapi oleh sebab semua kenangan tu aku ada post dalam blog ni , so aku malas la nak review balik. Malas seh nak recall..hehe
Ok sekarang AZAM untuk tahun baru 2011 pulak.
Selain dari tu, aku merasakan yang Paris dan Seoul Korea juga suatu tempat yang menarik untuk dilawati. Kalau tak dapat tahun ni, tahun seterusnya pun ok jugak. Kita hanya mampu merancang, Allah will decide everything.
Emm tu je kot azam aku. Mungkin tak sebanyak dan tak segempak orang lain. Itu aku punya, orang lain punya mesti la lain kan. Kalau sama namanya tak original la. Copy paste orang lain punya..Jom buka diary 2011 dengan happiness dan penuh semangat. Cammon!
Labels: Azam Baru
Adreanna turns 1!
Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy bithday Nur Adreanna Sofea !
Happy birthday to you!!!
Yeah , shes turns one years old ok! Sangat comel!
Love :)
Labels: Birthday
Kedai Emas.
Destinasi aku hari ini adalah Kajang. Kenapa Kajang? Sebab aku attend wedding kawan aku , Auji. Plan dengan Ayesha & Shamim lepas wedding teman aku pergi kedai emas untuk tengok-tengok jer. Lagi pun Ayesha ada pengalaman berkenaan dengan emas berbanding aku ni yang tau "Emas" jer tanpa tahu langsung pasal harga sekilo ker , segram ker , berapa kati ker. I don't know. Yang aku tau cantik dan worth to buy. Sepanjang penelitian aku la kan , harga lebih kurang sama jer . Bak kata Ayesha , Pandai bargain..memang berbaloi la.
So, tempat yang dituju ialah Hafiz Jewel dekat Sg. Reko. Ni kedai emas customer aku dulu so saje je la datang menengok-nengok mana tahu ada yang berkenan. Tapi malangnya , kedai dia tutup pulak . Maka hampa la aku setelah 2 minggu berturut-turut datang tapi tutup. Untuk menghilangkan kehampaan , aku ajak dorg pergi Metro Kajang , usha-usha kedai emas dalam tu. Ada la tiga kedai antaranya Hanif Jewel , Poh Kong & Kedai Emas cine punye (i can't remember the name..solly ahh). But the shops located in the same floor. First pergi la kedai Hanif Jewel , ada satu yang aku rasa memang cantik. Suke sangat la. Harga dalam 500+. Tapi dorg nasihat ambil jer yang ada batu sebab mengikut adat , orang-orang tua prefer yang ada batu..cewah , nak kahwin la ikut adat kan. hehe. Then aku pun beralih arah la ke batu-batuan. Aku suka yang simple dan tan nak batu yang menonjol sebab aku tak yakin aku boleh jaga dengan baik kalau pakai batu menonjol. Design batu ada satu yang awesome :) price rm499. Boleh kot dapat diskaun tapi aku tak nak la tanya time tu sebab dalam poket bukan cukup 499 pun ok. Ok check! Dah ada satu yang ok.
Untuk memuaskan hati lagi, aku jalan pulak dekat Poh Kong. Cincin emas dekat poh kong ni memang la tak dinafikan cantik. Aku memang tak ada masalah dengan cincin batu ke cincin emas ke cincin belah rotan Poh Kong ni. Yang aku tak puas hati , services yang diorang bagi. Ada la nyonya sorang ni , kalau tak silap aku nama dia start dari huruf C. Masa awal tu , kita tanya cincin layan bagai puteri dari kayangan. Lepas tu aku tengok-tengok la lagi yang lain . Dia tanya "Jadi ambil ka?" sambil terus keluarkan calculator. Aku kata la , tengok dulu tapi nak bawa orang lain untuk tengok dan bayar. Dia terus macam tak nak layan aku eh. Pastu hempas-hempas calculator dia. Hamboi-hamboi nyonya ni , ko ingat aku tak mampu ke nak beli? Punya la engkau berlagak macam kedai tu kau yang punya. Dah la tua, kurang ajar pulak tu. Haih terus kitorang pun bla la. Ikutkan hati nak jer sound nyonya tua tu. Korang-korang yang berdepan dengan keadaan begini dimana, dia kurang ajar macam kita tak mampu beli , aku nasihatkan korang ludah jer kat muka dia. Dan kepada yang nak beli cincin atau barang kemas dekat POH KONG Metro Kajang, sila lah ke POH KONG lain sebab aku rasa service dorang sangat teruk. Kalau masuk rating , aku rasa dah terkeluar senarai pun. F for FAIL ok.
Kedai ketiga, kedai chinese jugak. Lelaki yang attend ktorg adalah macam samseng sikit tapi tak kesah la kan, still nice . Tak macam poh kong, pakai smart la konon tapi perangai tak macam stail yang ditunjuk. Dekat kedai chinese tu ada la jugak design yang ala-ala sama dengan Poh kong tu dan harga jauh lebih rendah.
Kesimpulannya di sini , aku nasihat kan jangan la pergi kedai emas poh kong dekat metro kajang sebab sales staff dia sangat tidak respect customer. Walaupun aku tak tahu perangai yang lain , aku peduli apa kan. Bak pepatah berbahasa , Nila setitik rosak susu sebelanga. Thats it!
p/s: purpose cari cincin adalah untuk majlis pertunangan aku yang tak kunjung tiba.hehe. Belum confirm tapi saje mengada nak usha-usha.
Sekian Terima Kasih . ngeeeeeee
Labels: Cincin Emas , Wedding
12122010
Yes! Its yesterday. I was attend my besfren wedding yesterday as one of her bridesmaid. Atiqah's was so simple but awesome! Im happy for you. Tema , GARDEN. Venue dekat Taman Metropolitan Batu.. Permulaan, pengantin dan bridesmaid berarak naik mini babe! Sangat best ok. There was about 6 minis bring us to the taman. Then , when arrived..start berjalan ke pelamin. Aku jalan dengan pair aku , macam pengantin ok! haha. Actually aku suka concept dia. All the way to pelamin , they stand brides photos as their past memories before get married. Ah so sweet. Ada satu part full of pictures! Then, friends can wrote a dedication or watever they want to atas papan hitam , tulis pakai chalk ok. Soo sekolah rendah. haha. Thankfully tak hujan . Cuaca panas - panas sikit tapi di datangkan dengan angin - angin yang sepoi - sepoi bahasa. Aku balik at 4pm. Sebab dah penat sangat and ada farah , yang terpaksa teman aku dari pagi sampai balik. Thank babe!
This is the beautiful dress version Alice in a wonderland made by kakak ijam :)
Labels: Bridesmaid , Wedding
I want to fly
I need rest and holiday. I want to go far away from here, busy and dizzy space. March 2011 is to long to wait. Please 2011 please come early. Everything about holiday had been plan on 2011. Starting from Jakarta, Bandung, Pulau Redang and KK (perhaps?). I wish i can go to Paris. Alone or with my love one. Someday :)
Peace !
Musim Kahwin
Dah dekat akhir-akhir tahun ni kalau tak dapat jemputan kahwin memang tak sah. Harini saja ada tiga pasangan kawan aku yang kahwin. Tapi dapat pergi satu tempat jer sebab yang lagi dua jauh dan tak teringat. Sekarang baru teringat seh. Sorry yer Zana. I don't mean it. Anyway Selamat Pengantin Baru untuk my secondary scholmate, Zana and my matriculation mate, Fairuz Adnan. Sangat bahagia melihat kamu semua bahagia. Aku entah bila lagi. Asal pergi wedding orang, kawan-kawan lain mesti tanya soalan yang dah tak jadi cepuemas ni. Aku dengan selamba menjawab, "Lambat lagi" kerana yang pasti, segala-galanya masih tak pasti. Aku sibuk berhempas pulas kerja kerja dan kerja kerana working is my passion. Oh yes, call me a workaholic ! haha. Si jejaka pujaan ku pula, masih berkira-kira tabungannya kerana masih belum mampu cukup untuk menyunting bunganya ini :) Walaubagaimana pun aku mengerti dan aku pun turut membantu. InsyaAllah, soon or later u will received our invitation . Amin .
Fairuz's Reception
Sangat maroon ok. And your wife sangat chantek. Sesuai dan sepadan. Walaupun side perempuan dah berlangsung masa raya aidilfitri dulu, anda masih seperti pengantin yang baru beberapa hari saja kahwin. Sparkling both of you guys ! Terima kasih dan ampun maaf dari pihak Ijam yang tak dapat datang memeriahkan suasana. Sibukkk semua orang tanya Ijam. haha. Dia pergi attend wedding kawan dia (my friend as well) dekat Johor. We are actually makes an arrangement for today. To be fair, aku attend Fairuz's and Ijam attend Fadhil's reception. Tapi both side ada buah tangan dari kami. Ikhlas tulus from bottom of our heart.
Anywany, selain dapat makan nasi minyak (yummy ! sangat lazat ok makan kat wedding ko. Macam nak tambah tapi mengenangkan keayuanku tak jadi la . haha) aku juga dapat ber-reunion dengan sahabat handai dari KMNS. Oh saya sangat suka ber-reunion. Sampai ada yang aku lupa nama . So Sorry J! Now i will remember you name.tehee. Tapi kali ni memang tak ramai yang datang. Mungkin sebab banyak sangat invitation so tak terlarat nak attend semua kot. Tak pe lah, yang penting wedding aku nanti aku nak semua orang datang. Yang tak datang penalty HADIAH ok! hehe.
Cheers up !
Labels: Wedding
PTPTN (3% to 1%)
Agak-agak korang rasa korang layak tak untuk tukar rate ptptn dari 3% kepada 1%. Kalau rasa korang sememangnya layak, so jangan terhegeh-hegeh lagi.. Cliko kat PTPTN untuk dapatkan rate yang munasabah. Aku dah register pun, kalau dia reject aku tak tau la nak cakap apa sebab setahu aku, aku lah pembayar hutang ptptn yang on time. Tepat 29hb jer aku dah siap-siap deduct dari cimb aku. Haa apa lagi ko nak aku buat wahai ptptn. Yang aku tension tu kos pentadbiran dia bukan main banyak lagi. Kenapa tak chage one time jer eh. Every month aku check statement rasa macam lambat je lagi hutang tu nak langsai. Terasa macam dah beranak pinak pun still tak abes bayar. Aduhai ptptn.
Ha, bercerita pasal ptptn ni.. Korang bayar macam mana eh? Kalau aku rasanya bayar online lagi senang. Walaupun dia charge 50sen aku rela daripada aku drive pergi ptptn kat damansara heights atau pergi kl sentral bayar kat kiosk. Dua-dua cara akan memakan belanja yang agak mahal dari bayar online. Dan setiap 29hb aku set kan kat cimb untuk terus deduct dari saving account. So tak de la menyusahkan aku nak buat satu-satu. Dah ada cara senang, buat apa nak susah-susahkan. haha.
Ok lah, untuk peminjam yang tak bayar tu.. reti-reti kan la bayar. Walaupun korang rasa tu duit rakyat dan korang memang tak nak bayar, korang salah. Duit rakyat la yang kita kena bayar balik untuk kegunaan anak beranak korang jugak. Byr je la minimum kalau dah betul-betul tak mampu. Korang rela ke kena blacklist? Walaupun aku tau mesti ada yang tak kesah..itu nasib korang la. Berani buat berani tanggung ok.
Salam Kemasyarakatan.
Labels: Study
Happy Deepavali
I want to dedicate my wishes to my old sake friends since primary & secondary school , HAPPY DEEPAVALI to Yoganjali, Paveethra, Kavitha, Geethanjali Gausalia, Arshwin...emm i think thats all my indian friends. Umm actually there are a lot tapi sama ada aku tak perasan sebenarnya dia indian (sebab kadang-kadangkan ada yang macam indian tapi sambut Christmas jer. So im a bit confius) atau aku terlupa sebenarnya dia adalah sahabat aku dolu-dolu kala. Maap dipinta atas kesulitan yang berlaku. Anyway, sharp 12am tadi berdentum-dentum bunyi mercun. Awal-awal tu terkejut juga aku bukan sebab dia mercun, tapi dorang baling mercun tu dekat jer dengan tingkap rumah aku. Sape tak terkejut wey. Nasib baik aku tak ada sakit jantung tau kang tak pasal-pasal la deepavali korang jadi pokai sebab kena saman dengan aku. haha. Aku tau dulu masa aidilfitri pun aku main mercun, then korang macam nak revenge plak eh. Tak pe tak pe. Bolehhhhhh... Main laaaaaa.. haha.
Ok ok dah. Jom kita tido. Esok mahu kerja. Kerja sangat menimbun ok.
Kerja la kamu selagi boleh. Terima Kasih.
Labels: Craps
The Vampire Diaries
Aku sangat sangat sangat suke cerita ni ok. Nak tau tak kenapa? Sebab aku suka tengok Stefan! Harghh, he's so handsome, charming, cool & zassss. haha. I am addited with this vampire story sampai sanggup tido lambat sebab nak habiskan 22 + 7 episodes (for 2 seasons). Sekarang aku dah sampai season 2. Lagi sikittttt jer nak habis, lepas tu repeat balik tengok dari awal. harharhar. Ok pada sesiapa yang addited tengok cerita ni, blh la mintak softcopy dari aku dan boleh la bersengkang mata tengok sampai ke pag. Tapi kalau esok kerja, jangan la tengok..kang tak pasal-pasal korang kena buang keje sebab tido kat ofis gara-gara tak tido tengok vampire diaries.
Anyway, aku memang serius menyatakan yang cerita ni memang superb la! Rugi tak tengok =)
Mari kita melawat Stefan.... hiks~
Labels: Movie
