Bagi mereka yang ingin memiliki sebuah rumah, tengok la dulu harga rumah..biar sepadan dengan gaji sendiri. Selain daripada gaji masuk setiap bulan, kena alert juga dengan komitmen seperti Hire Purchase, Personal Loan dan loan-loan lain yang ada dalam record Bank Negara.
Dari pengalaman saya sendiri, ramai yang apply housing loan tapi tak dapat lepas 90%. Sebabnya komitmen yang tersangat la banyak. Ok, aku nak share ilmu aku sikit macam mana nak kira komitmen korang atau repayment ability untuk membayar bakal rumah yang akan anda beli.
Contoh 1:
Anda ingin membeli rumah dgn harga RM250k.
Gaji bulanan : RM5080.00
Komitmen dlm CCRIS report : RM2500.00
Komitmen untuk rumah baru : RM1088.00
Jumlah komitmen : RM3588.00
% komitmen: 70.63% <=== (Jumlah komitmen/Gaji bulanan)
-Percentage komitmen tidak melebihi 85%** oleh itu anda berkemampuan untuk membeli rumah idaman anda itu.
**Guideline percentage ini bergantung kepada gaji anda.
Contoh 2:
Anda ingin membeli rumah dgn harga RM680k.
Gaji bulanan : RM3500.00
Komitmen dlm CCRIS report : RM2200.00
Komitmen utk rumah baru : RM3200.00
Jumlah komitmen : RM5400.00
% komitmen : 154.29% <== telah melebihi had kemampuan anda, oleh itu anda tidak layak membeli rumah dgn harga sebegitu.
Oleh itu, adalah penting untuk anda mengukur baju dibadan sendiri sebelum membeli rumah idaman.
Kalau korang nak beli rumah dan buat loan, boleh la call aku eh. :)
Info Pinjaman Perumahan
Hari Raya lagi.
Hari hari hari raya. Semalam pergi beraya dengan kengkawan ijam. Hidup aku semalam dilimpahi dengan makanan terutamanya satay! Hidup satay yeay! haha. First spot kami semalam dekat rumah fadil dan becoming wife, Kajang. Lepas tu berarak beramai-ramai beraya kat rumah amir kat kampung baru then muna kat wangsa melawati, aina kat gombak, anne kat sungai buloh dan lasssst skali kat rumah su kat sg. buloh jugak. Ade la dalam 6 rumah jugak aku melawat semalam.
Thanks to u ols [walaupun aku tau dorang tak baca blog aku ni] sebab bagi aku makan dengan makanan yang enak-enak.. yummy! Minggu ni memang minggu makan ok. Ramai yang buat open house sampai kan jalan dekat kL dan selangor jems giler tak ingat punye la. Aku sampai tertido2 mase on the way pegi sg. buloh tu. Punye lah penat, penat makan la sebenanye. Pheww~
Thanks jugak dengan Mr.Right ku yang dah nak patah kaki bawak kereta manual dari pagi hingga lah ke malam. Bukan aku tak nak bawak tapi die yang tak bagi. Baik kan kan. hehe.
Gambar? Tak dapat nak upload sebab aku tak bawak camera dan ni bukan event aku. I am just a follower and eater. Photograher nye adalah kawan-kawan ijam :)
Sekian Terima Kasih.
Labels: Raya
Salam Aidilfitri
Ok aku tau dah terlambat sket untuk wish Selamat Hari Raya kan. Tapi raya sebulan, ape ade hal pun nak wish bile-bile. Raya tahun ni aku balik kampung as usual, pagi raya balik Sg Buloh then petang tu gerak balik Johor pulak. Raya kat Johor sekejap jer sebab aku cuti ari isnin jer, so kena la balik kl awal ari ahad. Ape yang best raya tahun ni eh? Macam same jer macam tahun-tahun lepas. Cume bezenye, aku up kan sket duwit raye. Aku up kan bukan sebab dah kaya, tapi sebab fikir nak bersedekah kan. So layan kan aje. huuuuu~
Aku buat kuih raya taw tahun ni.. Tapi dua jenis je la.. cornflakes & chocolate chips. Cornflakes aku seperti tahun dahulu kala memang jadi la kan. Lagi pun senang jer. Yang chocolate chips tu, memang la tak jadik kan. Konon-konon nak buat ala2 famos amos, tapi jadik cm hangus chips. haha. Rase sedap ok [haha naik bakul angkat sendiri]. Kalau tak takkan sebelum raya dari satu balang penuh tinggal half jer. Haa.. :) Ape-ape pun, walaupun hangus tetap mendapat sambutan. haha.
Theme baju raya: PURPLE!! Oleh sebab aku rase aku banyaaaaaak sangat baju kaler purple, so aku mls la nak beli baru..sambar aje baju yang ijam bagi tahun lepas. ahaks. Ala takde hal la.. Selain baju purple tu, aku ade 3 lagi baju raya yang aku tempah n siap sebelum raya aritu. Sepasang baju lagi belum pakai lagi sampai sekarang.. haha punye la dah takde mase nak pegi beraye. Ok takpe takpe, raya sebulan maa... ;)
Emm..weekend ni ade agenda dengan ijam's colonies. Jalan-jalan terjah beraya! huhu mari kite raye...lalalala :)
Resepi Famous Amos
Setiap tahun aku memang suka buat Chocolate chips tapi ikut resepi buku jer. Tapi tahun ni aku rase macam nak buat yang ala-ala famous amos. So, aku pun search la dekat google resepi famous amos ni. Ade seorang hamba Allah ni dia post Resepi Famous Amos yang dia beli dengan harga RM250.00. Giler mahal resepi saje..Punya la dia bengang ingatkan waiter tu cakap RM25.00 (only two fifty) rupanya two hundred fifty. So dengan sengajanya dia berkongsi resepi tu dengan semua umat manusia. Mari la kita try..
Bahan-bahan:
2 cawan butter
4 cawan tepung
2 tsp soda bicarbonat
2 cawan gula halus
2 cawan gula perang
5 cawan oat yang diblend halus
24 oz. chocolate chips
1 tsp garam
18 oz. Cadbury bar (parut)
4 biji telur
2 tsp baking powder
3 cawan chopped nuts (boleh guna walnut, almond atau hazel)
2 tsp vanila
Cara:
- Pukul butter dan gula hingga gebu.
- Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam baking powder dan soda bikarbonat.
- Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah diparut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
- Kemudian sudukan ke dalam loyang dalam jarak 2 inch.
- Bakar dalam 15 minit pada suhu 170 degrees.
Jangan lupe share dengan kawan-kawan yer. Mane la tau satu hari nanti korang blh bukak kedai macam Famous Amos.. Leh bagi aku makan free hari-hari... wuhuhuuuu!
Blueberry Cheesecakes
Aku baru lepas order blueberry cheesecake dekat MizaMizo.. Tgk gambar cheesecake yang dia post macam menarik, thats why aku sengaja nak try. Ala biasa la manusia ni kalau time-time tengah puasa ni, nafsu membuak2.. Semua nak try..semua nak makan. hahaha. Aku order 1 botol besar (84pcs RM50) n 1 botol kecik (42pcs RM26).. Aku minta delivery dekat LRT Setiawangsa, senang la aku nak pick up kan sebab dekat sangat dengan office. Anyway, biar aku rase dulu. Kalau sedap, aku war war kan kat semua.. =)
Gambar BLUEBERRY CHEESECAKES
![]() |
| Yummy :) |
Ok lah, selamat berbuka puasa semua!
Labels: Eat-things , Raya
Naili's Sentul
Majlis Berbuka Puasa Ke-2
Venue : Naili's Sentul
Buffet : RM 39.90 (adult) tapi ktorg dapat RM 35.00 setelah penat memujuk tokey kedai. hehe.
Ala carte pun ade ok. So yang rasa makan 1 main course dah cukup, amik la ala carte :)
Attendance :
- Cik Siti Amirah Zailani
- Cik Sheeda Amir Shah
- Cik Khadijah Abu Kassim
- Cik Siti Norlaila
- En Al Muez
- En Abdussalam
- Cik Asiken Mohd Zain
- Puan Norul Latifah A.Rahman
- Cik Sally Alisza
- En Ezwan Shah Ramli
- En Fendy
- En Faizal Syah
| Abg Salam jer yg takde sebab balik awal sket.. |
| In front of Naili's |
Booking untuk 20 orang actually tapi ni jer yang datang. But it was fun and happening even tak sampai 20 orang. Gelak sampai kenyang huhu.
Thank you to every one kerana sangat sporting untuk join walaupun this is last minute plan. Really appreaciate it!
Sangat Suka.
Labels: Eat-things , Fasting
Dia & Hari Lahir
Today is 16 August 2010 and what does it mean? Yes, hari lahir FIRHANIZAM bin CHE LAH. A person that i care, love and respect. Mari saya bercerita tentang Mr.Right ku ini...
Nama diberi Firhanizam bin Che Lah. Agak kompius namanya disini kerana jika baca sekali pandang mesti ingat perempuan tapi sebenarnya lelaki yang agak pemalu [dari luarannya. hehe]. En. Nizam telah dilahirkan disebuah kampung yang aman damai iaitu Muadzam Shah, Pahang pada tahun 1986. Kecik-kecik dulu seorang yang sangat nakal tapi berubah attitude setelah dewasa [dah insaf agaknye la tu]. Seorang yang sangat mengambil berat terutamanya tentang family dia sendiri dan of course tentang aku. Tidak suka cakap banyak tapi menjadi pendengar yang setia kepada cerita-cerita aku walaupun kadang-kadang cerita tu merepek jer. Bukan lah seorang yang romantik tetapi ade something yang nampak macam dia romantik. Aku pun tak sure ape benda sebenarnya tu :)
Beliau juga tidak suka mintak-mintak barang ataupun present tapi aku memang suke bagi sebab aku suke tengok expression bile die received something. Muka macam cool tapi senang ati bila tengok die suke. Kadang-kadang macam nak lempang je bila tgk die happy.. hehehe. Sangat mudah tersenyum menunjukkan gigi dan kedut-kedut di sekitar mata. haha. Seorang yang agak sukar membuat keputusan terutamanya tempat nak lunch or dinner yang membuatkan aku rasa nak marah jer die ni..tapi tak boleh nak marah..sebab sayang kan.. :))
Yang paling penting, dia tidak suka melenting dan maki-maki tak tentu pasal. Penyabar namanya. Harap-harap berkekalan sampai ke tua yer.. Banyak lagi kisah Mr. Right aku ni. Tapi tak boleh la nak cerita semua sebab nanti orang lain pulak terjatuh hati. haha.
| Yeaa dapat hadiah. Sesi bukak adiah :) |
| Dapat Bluetooth headset..u need this right bb ;) |
| Muka tak sabar nak makan.. |
| Reservation for two |
| Dishes.. baru permulaan..lepas-lepas ni tak sempat nak amek gamba. heee |
| Birthday Boy dah lapar!! Tak sabar nak makan.. |
| Yea yea dah nak azan buke.. Sebab tu muke berseri-seri sebab nak mula makan. hehe. |
Shawl-maniac
Salam Ramadhan semua.
Sempena nak raya ni (cewah padahal lame lagi..) aku singgah la dekat blogshop2 untuk tengok-tengok shawl. Sekarang aku prefer to wear shawl kot instead of bawal. Sebabnye, tak payah gosok and lilit-lilit jer. Dulu aku banyak beli shawl, tapi sebab punya la pemalas nak lilit..aku jual semua shawl tu. Sekarang ni baru terhegeh-hegeh nak kumpul balik. Dan sepanjang pencarian aku kat blogshop-blogshop tu, sempat la jugak aku sambar 7 helai. haha. Aku sudah jadik SHAWL-maniac!! Antara blogshop yang aku singgah Fizza Closet, The Headscarft Controversy, Shawl Attic and many more. Cantik-cantik and affordable too. Ramai orang kata, lebih baik pergi Jalan Masjid India atau Jalan TAR untuk cari shawl lagi banyak design and boleh bargain selagi boleh. Tapi aku rase lebih baik la aku beli online jer sebab tak perlu berada dalam crowded yang boleh sebabkan aku rimas dan tak selesa. Nanti jadi pening kepala, last-last habuk pun tarak. Lagipun, duit minyak boleh save (kalau nak pergi jalan tar kena bergelut dalam traffic jam kan)..pastu tak payah susah-susah cari parking. kan senang :))
![]() |
| Picture courtesy to FIZZA CLOSET |
![]() | |
| Picture courtesy to THE HEADSCARF CONTROVERSY |
![]() |
| Picture courtesy to SHAWL ATTIC |
Shawl dah ada..baju raya pulak, weekend ni boleh ambil. Ape lagi eh yang belum siap...emm.. DUIT RAYA! Kena bagi duit raya seh. Jawabnya, gaji tahun ni kena spend untuk duit raya nak bagi kat cousin-cousin terdekat dan budak-budak yang datang rumah. Tu pun kalau aku rasa nak bagi la kan. Haa ada lagi, nak kena beli mercun and bunga api and pelita. Baru la meriah sikit raya kalau ade semua tu. Yer tak? hehe.
Okay la blog-reader, jom kita puasa esok. Jangan la terlebih ponteng, nanti susah nak ganti ==> macam aku. huhu.
Graceful and peaceful world!
Labels: Fasting , Shop-pings
Salam Ramadhan
Ramadhan datang lagi.. Semua orang dah pergi solat terawih. Tinggal aku sorang-sorang kat umah sebab ade masalah yang tak dapat dielakkan. Esok pose ok. Anyway, starting awal Ogos aku dah mula kerja kat tempat baru..Aku sekarang represent CIMB Bhd as my new workplace and tempat mencari sesuap nasi. hiks~
Semoga aku kekal lama kat sana. Amin.
:::Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan & Jangan Tak Pose, dose taw:::
Labels: Craps
Working Hour
Hari ni aku start keje kat tempat baru.. Cimb located at Setiawangsa. Berakhir jugak kesah aku kat MBSB. Ingatkan aku keje sane smpai tua. hehe. Anyway, my first day at cimb..as what sales person do..going out to meet developers and lawyer of course. Dari Gombak ke Shah Alam.. Masa sampai dekat Shah Alam tu, aku tgk la jam...tak caye aku mase tu dah pukul 4.00pm ok. Cepatnya masa berlalu. Betullah orang cakap, kalau kita buat kerja..mesti masa cepat je berlalu. Cuba kalau tak buat kerja..rasa macam lambattt sangat jarum jam tu nak cecah kat nombor 5..i mean 5pm. Sekarang baru aku merasa sebagai Mortgage Advisor yang mengejar figure every month. Dulu-dulu kerja, semua orang asyik tolak-tolak kes. Banyak sangat case masukkan la katakan. Sekarang ni, berebut2. Instead of figure, kena lah jaga sales utk side income kan. ie commisen & milage claim kn. hehehe :)
Agak penat la hari ni. Kena tdo awal. So long.
Toodles!
Labels: Works
Ada apa dgn cinta
Ingat lagi tak cerita cinta indonesia ni. Aku baru teringat sekarang lepas ade sorg member FB aku post dance AADC pakai youtube.com. Aku ingat lagi cerita ni popular giler mase aku form 4-5 gitu lah. Masa tu dah la nak SPM, keluar pulak cerita best ni. Memang aku tak lepas tgk la kan. Aku dah tgk cite ni banyaaaak kali. Lebih dari 20kali kot. Siap hafal skrip lagi time tu. Punyelah sukee. Balik skola, lepas wat keje skola, sebelum tidur..aku mesti bukak VCD untuk tgk cite ni. Time tu kan Rangga rambut tebuan tu sangat popular. Tapi aku bukan suka Rangga, aku suke jalan cerita die yang sangat best. Sampaikan CD aku rosak, aku siap pinjam kat Dex CD lain...and sampai skrg aku tak pulang-pulang. Tah mane tah Cd tu aku dah campak. haha sorry Dex. Halal eh :))
Ni antara part dalam cite Ada Apa Dengan Cinta.. Cinta kejar Rangga kat Airport. Sedey seh, Rangga dah nak pergi sambung belajar kat overseas..Malaysia kot. hehe. Kiss cam nak tak nak je eh.
Eh, sape ade lagi CD ni.. Nak pinjammmmmm!!
dan beginning of the Love Story Ever!
:)
kl - penang - cameron higlands
Treasure hunt yang MBSB buat 10 July 2010 lepas memang antara event yang terbesar untuk tahun ni. Dan ni first time aku ikut event yang besar macam ni, terutamanya dengan MBSB. Awal-awal pagi tu ktorg dah kena berkumpul kat parking Pusat Sains Negara untuk sesi briefing. Time-time sampai pusat sains tu banyak yang dah siap berkumpul. Team aku la yang paling belakang skali.. walaupun sebenarnya ade yang sepatutnya lagi lambat dari ktorg tapi dapat jalan dulu. Around 8 cmtu baru lah masing-masing dilepaskan macam baru terlepas dari kandang. hahaha. Task pertama ialah kena cari barang natural yang bermula dgn huruf M? B? S? B?. Apekah? Apetah ktorg jawab lupe ah.. Tapi yang pasti, ktorg siap singgah pasar tani dekat jalan kuching untuk cari barang natural nih. Kagum laa aku pagi-pagi dah ade kat pasar. Tak penah-penah la aku serajin tu. ahaks.
Perjalanan untuk treasure hunt ni berakhir kat penang. Ktorg stay kat Hotel ape tah. Tapi agak impress la dengan room choices. Aku mati-mati la ingat dorang letak ktorg kat hotel cikai, tapi sebenarnya tak. Mungkin sebab event ni melibatkan CEO, so dorang kena la jaga image kan. Kalau duduk hotel cikai nanti orang kata MBSB takde duit pulak padahal diberi gelaran "Your Financial Provider". Mane leh takde duit kan kan.. :)
Anyway, ni la kali kedua aku pergi Penang. Kalau tak silap aku holiday dgn family aku masa umur 7 tahun kot. Gile lame aku tak jejak kaki kat sane. Aku ingat lagi dulu beria nak naik ferry sebab leh tgk laut terbentang depan mata. suka suka. heeeee. Sekarang Penang dah berubah banyak. Agak maju compare dengan dulu. Kat sane pergi makan pasembur laa..makan durian mahal laa (kat Balik Pulau, gile mahal durian tu)..dan macam-macam lagi aktiviti yang melibatkan makanan. haha. Awesome Penang! Akan ku datang lagi, lepas dah ada anak... perhaps?
Ok then hari ahad tu ktorg dah kena chow dari hotel yang besh tu awal-awal pagi sebab next place was Cameron Highlands. Naik dari Simpang Ampat (?) so jalan takde la teruk sangat. Ok fine aku memang tak kesah ikut jalan mana pun sebab aku tdo jer dalam kete dari Penang sampai la masuk tol Simpang Ampat (?). Time sampai CH tu dah pukul 7 lebih so ktorg decide untuk terus check in jer kat Hotel Rosa ape tah. Dekat Brincang jer. Mlm tu tak happening sangat sebab org kt situ kate banyak kedai-kedai yang aktif malam Jumaat dan Sabtu jer. Ok tak kesah la yang penting dah sampai CH dengan selamat. Yeahaaa!
Esoknya, jalan-jalan sambil shopping barang-barang untuk bawak balik macam strawberry, jem etc. Tapi satu jer yang dah tak beshnye CH ni, dah tak sejuk macam dolu-dolu. Aku pakai sweater pn xguna sebab tak sejuk weh. Siap berpeluh ade la. Banyak sangat pembangunan so ekosistem dah tak stabil. Sebab tu tak sejuk maaa... Adeh!
xoxo
Labels: Holiday , Treasure Hunt




