She's All That

..coz she thinks everything is belong to her

Ada apa dgn cinta

Ingat lagi tak cerita cinta indonesia ni. Aku baru teringat sekarang lepas ade sorg member FB aku post dance AADC pakai youtube.com. Aku ingat lagi cerita ni popular giler mase aku form 4-5 gitu lah. Masa tu dah la nak SPM, keluar pulak cerita best ni. Memang aku tak lepas tgk la kan. Aku dah tgk cite ni banyaaaak kali. Lebih dari 20kali kot. Siap hafal skrip lagi time tu. Punyelah sukee. Balik skola, lepas wat keje skola, sebelum tidur..aku mesti bukak VCD untuk tgk cite ni. Time tu kan Rangga rambut tebuan tu sangat popular. Tapi aku bukan suka Rangga, aku suke jalan cerita die yang sangat best. Sampaikan CD aku rosak, aku siap pinjam kat Dex CD lain...and sampai skrg aku tak pulang-pulang. Tah mane tah Cd tu aku dah campak. haha sorry Dex. Halal eh :))

Ni antara part dalam cite Ada Apa Dengan Cinta.. Cinta kejar Rangga kat Airport. Sedey seh, Rangga dah nak pergi sambung belajar kat overseas..Malaysia kot. hehe. Kiss cam nak tak nak je eh.

Eh, sape ade lagi CD ni.. Nak pinjammmmmm!!





dan beginning of the Love Story Ever! 




:)

Beggin' by Madcon .

♥ this song ever!


kl - penang - cameron higlands

Treasure hunt yang MBSB buat 10 July 2010 lepas memang antara event yang terbesar untuk tahun ni. Dan ni first time aku ikut event yang besar macam ni, terutamanya dengan MBSB. Awal-awal pagi tu ktorg dah kena berkumpul kat parking Pusat Sains Negara untuk sesi briefing. Time-time sampai pusat sains tu banyak yang dah siap berkumpul. Team aku la yang paling belakang skali.. walaupun sebenarnya ade yang sepatutnya lagi lambat dari ktorg tapi dapat jalan dulu. Around 8 cmtu baru lah masing-masing dilepaskan macam baru terlepas dari kandang. hahaha. Task pertama ialah kena cari barang natural yang bermula dgn huruf M? B? S? B?. Apekah? Apetah ktorg jawab lupe ah.. Tapi yang pasti, ktorg siap singgah pasar tani dekat jalan kuching untuk cari barang natural nih. Kagum laa aku pagi-pagi dah ade kat pasar. Tak penah-penah la aku serajin tu. ahaks.

Perjalanan untuk treasure hunt ni berakhir kat penang. Ktorg stay kat Hotel ape tah. Tapi agak impress la dengan room choices. Aku mati-mati la ingat dorang letak ktorg kat hotel cikai, tapi sebenarnya tak. Mungkin sebab event ni melibatkan CEO, so dorang kena la jaga image kan. Kalau duduk hotel cikai nanti orang kata MBSB takde duit pulak padahal diberi gelaran "Your Financial Provider". Mane leh takde duit kan kan.. :)

Anyway, ni la kali kedua aku pergi Penang. Kalau tak silap aku holiday dgn family aku masa umur 7 tahun kot. Gile lame aku tak jejak kaki kat sane. Aku ingat lagi dulu beria nak naik ferry sebab leh tgk laut terbentang depan mata. suka suka. heeeee. Sekarang Penang dah berubah banyak. Agak maju compare dengan dulu. Kat sane pergi makan pasembur laa..makan durian mahal laa (kat Balik Pulau, gile mahal durian tu)..dan macam-macam lagi aktiviti yang melibatkan makanan. haha. Awesome Penang! Akan ku datang lagi, lepas dah ada anak... perhaps?

Ok then hari ahad tu ktorg dah kena chow dari hotel yang besh tu awal-awal pagi sebab next place was Cameron Highlands. Naik dari Simpang Ampat (?) so jalan takde la teruk sangat. Ok fine aku memang tak kesah ikut jalan mana pun sebab aku tdo jer dalam kete dari Penang sampai la masuk tol Simpang Ampat (?). Time sampai CH tu dah pukul 7 lebih so ktorg decide untuk terus check in jer kat Hotel Rosa ape tah. Dekat Brincang jer. Mlm tu tak happening sangat sebab org kt situ kate banyak kedai-kedai yang aktif malam Jumaat dan Sabtu jer. Ok tak kesah la yang penting dah sampai CH dengan selamat. Yeahaaa!

Esoknya, jalan-jalan sambil shopping barang-barang untuk bawak balik macam strawberry, jem etc. Tapi satu jer yang dah tak beshnye CH ni, dah tak sejuk macam dolu-dolu. Aku pakai sweater pn xguna sebab tak sejuk weh. Siap berpeluh ade la. Banyak sangat pembangunan so ekosistem dah tak stabil. Sebab tu tak sejuk maaa... Adeh!

xoxo

Break Fast-ing

Today, i was break fasting with my girlfriends at the office. Actually we bought the dishes at Pasar Malam, Jalan Kuching. Everybody has sparkling eyes looking at the dishes and don't know exactly what we want to eat. hehe. Itu namanya NAFSU MAKAN :) My stomach are so full until i wrote this blog.

Tomorrow we will had our makan-makan at Krusty Krab, Petaling Jaya. Nyum nyum makan lagi. Lagi-lagi makan daaaaaa. Am i overweight? huahuahua NoooOoOOo! Man, no wonder i'm eating my face off. I'm worried. I really i don't know what i'm going to do. Exercise, perhaps. But i am too lazy for exercise.




It's time to sleep coz i am soooo sleepy. uwargghhhh

Toddlers and Nite!

Kisah Hidup

Kerja aku start pukul 8.30am yang mane aku memang jarang datang sebelum 8.30am. huhu. 8.35am la paling lewat kot :) Ok nak dijadikan cerita hari ni aku ade la buat appoiment dengan sorg client ni dekat Kota Warisan, Dengkil semata-mata untuk sign Letter of Offer. Jarang-jarang aku attend client untuk sign LO kat tempat jauh macam tu. Aku buat appoiment pukul 2pm tapi pagi tu ade pulak training insurance sampai pukul 12.30pm. Training ni pulak baru tau one day before. Ape tah, suruh buat schedule 2 months before, tapi aku dah buat appoiment cantik-cantik..kena pulak attend training insurance yang aku rase tak de input yang membantu aku sangat. Then lepas training tu aku bergegas la keluar training room..bukan terus pergi Dengkil la kan, tapi pegi pantai sebab nak makan. Lapar kot kalau dari pagi dengar training. Aku ni kena makan jugak. Lain la kalau ade makanan provided, so blh la di consider aku tak lapar sgt kowt. huhu.

Ok lepas lunch aku terus la pecut 120km/hour ikut jalan Puchong/Putrajaya untuk potong terus ke arah Salak Tinggi. Lepas tu client tu dah tunggu agak lame la kat situ. Ok fine, kesian plak kena tunggu lama. Aku cakap aku on the way ( aku memang on the way nak sampai kot, takkan aku menipu plak ). Punye la tak penyabar. Aku dah kat selekoh Kota Warisan tu, siap die nak suruh aku pergi Nilai sign kat sane eh. Kepale hotak dier.. Aku nak datang Dengkil ni pun dah cukup baik tau. Aku dari kL kot. Tu pun nasib baik aku buat loan kau sampai approve tau.

Dah tu, lepas sampai aku trus la bukak file bagi dia LO untuk sign.. Muke punye la belagak macam beruk kat zoo negara tak ingat punya. Lepas tu selak-selak LO sambil berkata, U tak nak explain kat i ker ape bende ni? At the 1st place memang nak explain, tapi ko dah kecoh macam tu naik nyampah plak aku. Aku explain ape yang patut jer. Pastu die punye la tanye banyak soalan.. ok tak kesah la soalan banyak-banyak tapi aku rase macam ade yang soalan aku memang tak leh nak jawab kot. Contoh soalan yang aku rase nenek korang pun rase nyampah nak jawab, Kat sini mane EPF yang terdekat? Amboi, mane pulak aku datang ni? Ko duduk kawasan sini ke aku yang duduk? Aku kL..ko Salak Tinggi kot. Sengal gak. Walaupun aku tau ade kat area Putrajaya, tapi aku just jawab je Eh, i pun tak sure. I dari KL kot..so mana familiar dengan area ni. Adui, dah aku tengah tahan nak marah ni..Kau boleh plak tanye soalan cam haram.




Mase nak sign tu, dia boleh kate ape.. Eh, nape pakai ballpen je.. Ala kecoh la..ko sign LO je kot. Yang penting BLACK COLOR! Lepas tu yang aku paling PANAS ni, sales person kat situ datang la cakap pasal MOT, Lawyer bla bla bla yg berkaitan dgn developer. So memang aku tak nak menyampuk la kan. Sales Person ni cakap kat client ni, U dah kira ok la dapat loan dari MBSB. Mira was done very well to approve this loan. Nak tau client ni jawap ape?? No it's not her. En.Zaidi yang buat. Kepala hotak kau bertubi-tubi. Aku yang jumpe ko kat nilai collect document, aku follow up dgn ko, kena amik gambar office ko dkt Seremban, tlg cover line dgn developer kononnye jgn bagitau yang loan ko tak approve lagi sbb ko rase nak amek rumah dkt tmpt lain so ko blh dpt balik deposit ko.. Ko kate org lain buat? Amboi amboi ambooooi. Punye la panas aku dengar kau cakap macam tu. Nasib kau orang tua, kalau sebaya dengan aku dah lame plak aku sound. Lepas tu nak kecoh rate mahal la, bayar interest macam bayar sewa rumah la. Abes tu dah application kau kena reject dengan bank, lagi ada hati nak dapat rate rendah-rendah la. So, korang-korang yang tak nak rate tinggi..tak reti-reti ke bayar hutang korang dengan bank every month. Sendiri pikir la weh!

Ingat senang ke nak process satu application kat MBSB ni. Aku nak kena explain pasal client, nak kena interview client, kalau manager tak puas hati kena request macam-macam documents yang kadang-kadang aku rase memang tak masuk akal. Abes client yang memang desperate sangat nak loan, memang la terpakse prepare semua documents tu. Aku ni kadang-kadang dah naik malu nak call client mintak macam-macam benda. Macam tak PROFESSIONAL langsung.

So kesimpulannya kepada applicants,

JANGAN JADI HARAM. Aku manusia jugak kot. Baya anak-anak korang jer. So, respect la sikit. Aku memang respect korang, tapi kalau nak sound aku lambat lambat lambat.. Memang hilang rasa hormat tu. Silap hari bulan, aku cakap jer application korang tu dah kena reject. Ade aku kesah? Nape aku tak kesah? Sebab komisen aku bukan dapat banyak pun. Nak dapat pun punya la berzaman. Penat la weh!


Chow!

Aku kesah kalau..



Aku kesah kalau orang kacau barang-barang aku..
Aku kesah kalau hidup aku tak stabil..
Aku kesah kalau korang sound aku cam gampang..
Aku kesah kalau orang kedekut ilmu..
Aku kesah kalau orang terlalu berkire..
Aku kesah kalau aku usaha org lain dapat name..
Aku kesah kalau kena bayar hutang orang, sbb kalau tak byr nanti tergantung kat akhirat [opss tapi hutang dbkl belum habis settle lagi..kena settle nih :) ]
Aku kesah kalau hari-hari kena bayar parking mahal kat mbsb
Aku kesah kalau makan nasi lemak hari-hari
Aku kesah kalau bf aku sound aku
Aku kesah kalau tak dapat komisen
Aku kesah kalau claim lambat bagi
Aku kesah kalau tak de duwit
Aku kesah ke kalau kau kesah?

Tak pon...

Zaman Hingusan

Masa kecik-kecik dulu, aku suke balik kampung kat Johor. Kenape? Sebab ade aku boleh jumpa cousins aku yang ramai tu untuk main masak-masak. Balik kampung kan time raye, so yang paling best boleh dapat duit raya laaa :) Penat ikut budak-budak kampung marhaban satu kampung untuk kumpul duwit raye. Tak kesah la walaupun dapat 20sen jer satu rumah. Dapat tu duit dah menjadi kepuasan aku ketika dahulu kala. hahaha. (and sekarang jugak kowt hehe)
Here is our pictures courtesy to bibik hariah..




I am the keciks one

Chill! :)

Bosan

macam dah bosan nak buat semua.

surfing.
finding.
contacting.
viewing.
liaising.
discussing.
losing.

so whatever!

Call Off

The property was call off! Itu lah yang telah diberitahu oleh Officer dari Resolution Alliance for the property that i will bid on 17 June 2010. 1st, thank God sebab aku call officer bank tu awal-awal. Kalau tak buang karen je.. lagi-lagi kalau overdraft dah buat. Dah takde rezeki kan..nak buat cne :) 2nd, tak dapat la pengalaman aku bidding utk rumah auction. Baru nak merasa. hehe. Its ok it alright, lain kali cuba lagi ;)

Love



xoxo

Cupcakes vs kek cawan

Oh rase dah lame tak makan cute cuppies buatan shalia from shaliatreats. Ingat lagi dulu zaman-zaman kegemilangan cuppies nih, ramai sangat yang order untuk mcm2 occasion & events. Aku pun tak ketinggalan jugak, so..for the 1st time aku order kat shalia.. kalau tak silap aku tahun Mac 2007/2008. Aku order design gunners for someone.. Start from that and after and after that aku suke kan cuppies sampai la cuppies meletop2 tahun 2009. Time tu aku da kurangkan cuppies sebab macam dah bosan sane sini org sebok cerita pasal cuppies.


the first GUNNERS i had ordered!
*picture courtesy to shaliastreats

So tetibe semalam aku macam teringin nak makan cuppies. Tgk2 kat website shalia, dia tengah tunggu utk deliver baby. Dgn itu, aku terpaksa tunggu shalia deliver, baru aku order. Kenapa aku order kat die je? Sebabbbbb...aku rase cupcakes die besh n cantik. Suke sangat! And you know what..aku dah berangan-angan nak buat cupcakes utk kek kawen nanti..hahahaha but cam dah oldies je kan. Ummm..akan di pikirkan kemudian. hehe.

I love cupcakes!

Toodles :)

Kak Lynda Kawen

Hari ni kak linda kawen @ Taman Daya, Kepong. She is my lovely officemate.. Dah jadi isteri orang pun..Congratulation!

Wishing you Selamat Pengantin Baru & Semoga Berbahagia hingga ke anak cucu ;)


**picture credit to Lynda Aziz's fb

Gadis-gadis lain ntah bile la plak kan. huhuhu.

Sekian :)

Cari rumah

Buat masa sekarang ni aku sibuk cari rumah kat kawasan Seri Gombak..Untuk beli dan tinggal bile dah kawen nanti. huhu. Harga rumah bajet dalam 100k - 180k.. Tapi mak aih, punya la mahal rumah kat gombak ni. yang murah pulak condition menyakitkan hati. Kadang-kadang harga tu macam melampau pulak. Tau la prime area kan.. Aduhai..

Kenapa aku pilih Sri Gombak? Sebab aku rase kat kawasan situ aku boleh hidup. Dekat dengan Selayang (use to be our kampung starting next year) and plus, nak pergi jalan-jalan especially KL pun senang. Accessiblity banyak. Aku tak nak duduk kawasan luar bandar. Even Mr.right ade plan nak beli rumah kat Pahang..aku tak bagi. Satu, sebab nanti dah kawen mesti kena ikut die. Dua, sebab aku nak duduk bandar. hehehehe "sorry b, i memang ngade"..

So far, there are a lot of houses in Sri Gombak untuk dijual. Aku dah list out semua (actually tak semua sebab dah penat ngadap laptop satu hari) untuk msg + call. Ade yang already sold dan ade yang belum reply lagi msg aku. Mungkin dah jual kot. Ntah la...

Aku target sebelum akhir tahun ni aku dah dapat satu rumah, InsyaAllah kalau ada rezeki. Kalau tak jumpa jugak, mungkin Gombak bukan milikku. Mungkin kena mencari di tempat lain. Oh, harap-harap bukan begitu :)

Jadi, kepada sesape yang tau aku tertau, atau nak jual rumah..silalah tinggalkan comment atau email jer aku kat amyra03 [at] yahoo [dot] com.. I will reply asap.

Thanks ;)

PHUKET

We've been to Phuket, Thailand on 22 - 24 May 2010. Overall the trip was okay. Orang kata Phuket cantik sebab pantai. Tapi for own experience, pantai Malaysia is still the most beautiful in the world :)
Ktorg pegi phuket ni pun sekejap jer. Our plan only for hanging around and saje tgk2 negara orang. Dkt phuket ni, selain popular dengan pantai.. ada lain jugak yang interesting. Macam FANTASEA Theme Park. This is the place u should go if u are there! The place is Awesome! Theathe pun one of the things u should tonton... walaupun jalan cerita agak bosan, tapi ade benda lain yang buat korang teruja, their backdrops. Gempaklah!

1st day
We arrived at Phuket International Airport @9.05pm. Kuar je dari pintu airport, dah ade teksi yang aku dah booking awal2 tunggu. Mula2 tu nak suh driver tu tunggu kejap sebab budak2 ni ngah beli barang kat mart dlm airport, punye la speaking... Tapi rupe2nye reti plak die cakap BM. Org Pattani katanya..so reti la sket2.. huhu. layan ajer.. Then trus die anta kat Patong Bay Resort Hotel. Aku booking bilik yang ngadap pantai, tapi dapat yang lain plak. Since ktorg datang dengan tmbhan 3 org, so ingat nak amek bilik lagi, tapi full house la plak. So kena la 4th of them duduk kat hotel seberang jalan. Takde la mahal pun.. semlm 100 jer with complete accomdations.



Oleh sebab ktorg smpai mlm, so just letak barang dlm bilik n gi cari tmpt makan halal. Kat kawasan situ kebanyakkannye mkanan yg tak halal. Even mcd pun tak halal kowt. hehe. Mcd kat Patong tu aku tak sure la halal ke tak. Tp since ktorg dah was-was, so better ari tmpt lain. Sementara tggu Jebon & family, ktorg borak2 la dgn driver tuk-tuk. Reti la plak cakap bm. Blaja kat Malaysia dulu katanya. haha. Dia pun tau pasal halal ni, so ktorg suh la die bwk gi tmpt mkn halal. Kalau korg nak tau, expenses kat phuket ni agak mahal la jugak. Mungkin sebab banyak mat salleh yang dtg. Naik tuk tuk ni dari hotel ke tmpt mkn kena 200bath = rm20.

Dah abis mkn ktorg terus je balik ke hotel sebab sok nak bangun awal utk fullfill the day dengan mcm2 aktiviti.

2nd day
Tuk tuk yang ktorg tmph utk 1 hari dah tercegat depan hotel pukul 10am. Kat phuket ni, pukul 10am belum banyak lagi kedai yang bukak. dorg stat pukul 10.30-11am cmtu. Then, ktorg pegi la tempat naik gajah. Charge utk naik gajah ni 800bath / pax. mahal kan.. tu pun utk stgh jam jer.. tp aku tak rase plak aku naik stgh jam..mcm sekejap jer... Nak amik gamba dgn baby jumbo kena byr 10bath jugak. padahal amek gamba jer.. Ok,tak abis lagi.. Ktorg naik la gajah smpai separuh puncak, kat ctu owner gajah tu mtk camera kat ktorg utk ambil kan gamba.. Ktorg bg je la tnpa byk soal, pas amek gamba tu.. die suh bayar 20bath.. pergh gilo main duit kat cni. Nak tak nak mmg kena bayar la.






Pastu ktorg pegi la kat Kata Point. tmpat utk tgk pemandangan lautan dari atas bukit. Mmg cantik pemandangan die. Tak nampak dah kesan2 tsunami.. Mungkin disebabkan pembangunan yang pesat sebab tak nmpk kesan2 tu. Then ktorg pegi Phuket town.. utk makan tghari. Best jugak la food kat ctu. Tapi dah rase macam makan kat Malaysia la plak. huhu. Pas makan gi kilang t-shirt, aku sempat la sambar beberapa helai. tu pun tak banyak sebab banyak yang da abes sbb trip bas dari malaysia yg dtg sblm ktorg da habiskan byk sgt. Aku sambar baju utk aku, tu pun XXL kids size. hahaaha nasib muat. Lepas tu gi kedai pearl la, beli chewnuts la.. dll.



Abes beli2 tu, singgah jap kat Hardrock Cafe Phuket. Baru je bukak tak silap aku last year. Saje singgah sebab ade org order baju hardrock..:)
Lepas tu ktorg blk hotel then terus pegi FANTASEA theme park.
Balik dah pukul 11pm.. Sume dah tak larat sebab berjalan dari pg so singgah beli mkn n trus blk hotel. Aku, ebab n jebon jalan2 patong beach kejap mlm tu. Saje je nak tgk situasi mlm yang happening.





3rd day
Last day ktorg kat cni.. so cume jalan2 kat kawasan sekitar jer. Kalau nak beli barang kat kawasan patong beach ni, cube la bargain selagi boleh sebab ktorg dah terkena arga yang tak berpatutan. Mula2 beli harga tu, pastu jalan depan sket harga dah lain. punya la frust. huhu. So kesimpulannya, bargain til u drop. hahaha. Ptg tu van utk ke airport dah smpai, so trus la berangkat ke airport. huhu.



Good bye Phuket!

next trip, Jakarta. tapi tahun depan.. ;)

BANDUNG

Dah lambat sangat untuk update cerita pasal Bandung ni. But i still wanna loud it out! huhu.
It's was awesome trip to the world of shopping, BANDUNG Indonesia. I had very happiness moment there. Bukan sebab dapat shopping, tapi dapat berjalan. Seven of us habiskan masa berjalan-jalan ke sana dan ke mari. Tempat yang aku ingat, Pasar Baru (we went 2 times!), Cihampelas, Jln Dago, and a lot more. Most of them we went only for sigh-seeing and of course shopping lah.

First day arrived, dah malam..so we decided to stay at Sukajadi Hotel walking distance to Shopping Mall (forgot the name). The hotel sangat bagus dan decoration is awesome.



2nd day
Check-in kat hotel yang ktorg dah booking, Sany Rossa Hotel. We were staying for 2 nights in Family suite. Quite big and comfortable. Hotel pun dekat dengan Cihampelas, Rumah Mode & Fast food (McD & Pizza Hut). Supir yang ktorg amek actully takde la memuaskan hati sgt. Janji nak bwk luxury van, ttbe smpai hotel naik van burok. Aduhai. Sengal tol. So, aku suggest korang yang nak amek supir, better search dulu mane2 website. Aku tak pasti la plak kat mane.



Arini ktorg plan gi tempat yang jauh dari hotel. So pasar baru lah. Jalan sehari suntuk wooo.. Malam tu kitorg order dari hotel untuk tukang urut. Umm..aku suggest korang tak ya tempah hotel. Dekat-dekat ngan Sany Rosa ni ade tempat urut. Aku try 3rd day tu sbb mase ktorg blk diorg dah tutup.



3rd day
Utk ari ketiga, we planned untuk jalan-jalan kat cihampelas & jln dago. Sini memang banyak Factory Outlet (FO). Every single FO kami singgah. Macam nak tercabut kaki la jugak. Agak-agak aku la kn, ktorg dah berjalan dekat 50km. huhuhu. Nak cari tempat makan mmg macam susah sket. Lagi-lagi mcm ktorg yang mmg sedikit memilih (tmpt yang tak biase la katekan). Ktorg tanye2 je kat sape2 mane tempat mkn yg murah n halal. Then we found Ampera! Emm..aku rase ok la kot tempat die. Dorg sume ok, aku ok je la.. Walaupun sebenanyer aku tak brape suke. heeeeeeeeee.. Lepas mkn, ari da malam..ape lagi pulang lah ke kamar kecilku. Naik angkut-angkut la. Dah tak larat nak berjalan lagi. huhuhu. Mlm tu, massage n lulur. Besh!








4th day
Arini dah balik. Tapi fligh petang. So untuk menghabiskan masa kat Pasar Baru lagi! Aku just beli telekung jer. Utk penghabis duit. Tp agak kelam kabut jugak la sebab nak kejar mase utk bersiap blk otel n terus ke airport. Tu baru pergi shopping, tak singgah lagi kat Kubang Perahu la..etc. So, we decided to go to Jakarta! Kalau ade mase lapang, singgah ke Bandung utk habiskan ape yang belum dijelajahi. huhu.



Good bye Bandung!

Next trip is PHUKET! Cite esok lah.

:)

Myra Zailani

My photo
i hate to be hatters. i love to be a lover. i am insane. i love cupcakes.

Find me here:

      Popular Posts

      Followers

      Mari Mengira

      Freshment..

      E-Day Checklist



      1 . Engagement Date
      2 . Place
      3 . Catering + Menu
      4 . Canopi + kerusi + meja
      5 . Hantaran
      i . Chocolate
      ii . Pulut kuning
      iii . Puding
      iv . Sireh Junjung
      v . Fruits
      vi . Novelty Cake
      vii . Cookies [Famous Amos?]

      6 . Mini Pelamin
      7 . Make up
      8 . Ring
      9 . Photographer
      10 . Gifts
      11 . Dekorasi
      12 . Fresh Flower
      13 . Dulang hantaran
      14 . Bowl for chocolate
      15 . Baju Tunang

      Mortgage Calculator